Umrah for Dummy - Part 4
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYUofxbY9_BDLmy4eBFF310_N7TGINJZV0RTo-F0XfJVrO-LHyGfh1_hcTLedzwf2TrCStKplHVuvb7H9w-WgtNGMvbQZ9FeyWdBv4JcWXhP57yIGk1OMI9v2uK1PxIV-PZLs_glVBNwFM/s640/IMG_20190119_173207.jpg)
KELUARKAN DUIT KETIKA MENUNAIKAN UMRAH Umrah for Dummy - Part 1 Umrah for Dummy - Part 2 Umrah for Dummy - Part 3 Kalau kita bawa duit sikit je ke Tanah Suci Makkah/Madinah, jangan risau..... ATM kat sana pun boleh keluarkan duit kita. Lagipun kebanyakan kad sekarang ni boleh terus guna fungsi ATM Plus tanpa pengaktifan pun. Kalau tak pasti, telefon dulu bank tuan/puan. Di sini, sudah tentu yang untung adalah siapa yang ada Bank Al-Rajhi. Ini adalah kerana tiada sebarang caj dikenakan kepada pengeluaran daripada ATM Al-Rajhi sekiranya pelanggan Al-Rajhi mengeluarkan wang daripada akaunnya. Macam kami, walaupun keluarkan duit di ATM Al-Rajhi, tapi sebab guna Debit Kad Maybank (kami tak ada akaun pun dengan Al-Rajhi), kena caj RM12. Caj RM12 ni kami rasa berpatutan sebab keluarkan duit di ATM di Thailand nak dekat RM30 kena caj. Lagi mahal. Dan kadar tukaran yang dia guna pun lebih kurang dengan money changer punya rate dekat sini je. Jadi tak perlu la risau ...