Tempat Makan Lesehan, Lestari Perdana
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_wXMR8Wj3LwsVzHQZMdp_g9kFCw0XeBUAlD30t32GcWSXcU-1TAa0PLONpsc58YUI-_thYOGNAlKtAFQ5m633sNJ9G_t_1ou2BSPqcGp1-OTgIcEmaoGoMA0lM8A38aNIngEZ1Atr9L7B/s1600/1613301232125037-0.png)
Tempat Makan Lesehan di Jalan LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor ini menawarkan pengalaman makan seperti di Jogjakarta. Kawasan ini memang ramai komuniti Indonesia, sebab lot kedai lama (siap ada surau) tu merupakan rumah kedai. Jadi ramai komuniti tenaga kerja Indonesia yang duduk di kawasan ini. Mungkin Tempat Makan Lesehan ini ingin memberi peluang kepada tenaga kerja Indonesia ini yang merindukan masakan asli Indonesia. Tempat letak kereta di Tempat Makan Lesehan ini banyak, dan juga percuma. Saya pun tak perasan ada Restoran Sate di sebelah Tempat Makan Lesehan ini. Hari kami datang tutup. Jadi tak pasti sate apa yang dia jual. Kedai ni ada jual sambal homemade ... er ... rasa buatan kedai.. sebab kami nampak pekerja dia duduk menumbuk sambal di belakang kedai. Sebotol RM9 sahaja, botol kecil je. Tapi dia jual 2 jenis je, iaitu Sambal Merana (sangat pedas) dan Sambal Kesuma (pedas manis). Kalau makan di kedai ni, ada beberapa...