Posts

Showing posts from February, 2020

Indo Bowl, IOI City Mall, Putrajaya

Image
Entah kenapa la tekak rasa nak makan ayam gepuk.. tapi tengok jam dah pukul 9.00 malam. Nak pulas stereng ke Presint 14 cari kedai Ayam Gepuk Pak Gembus rasa malas pulak. Alang-alang dah ada di IOI City Mall ni, saya dengan wife decide makan kat Indo Bowl ni je la.  Kedai dia kat LG. Wing sebelah yang ada Tesco.  Penyebab yang pilih kedai ni sebab sambal dia ni lah.. ada dua jenis, sambal ijo buat dengan cili hijau dan sambal balado pulak buat dengan cili merah. Kalau di Indonesia, ikut pengalaman saya sendiri, mereka kata cili hijau lebih berkualiti, jadi selalunya sambal ijo akan dikaitkan dengan kualiti makanan yang lebih tinggi.  Makanan dia saya sifatkan 'agak mahal'. Tapi rasa boleh tahan lah. Kami pesan sotong celup tepung, nasi rusuk bakar dan nasi daging bakar. Air pulak kopi dan teh je. Semua sekali campur cukai nak dekat RM80 jugak.  Nasi rusuk (atau iga dalam Bahasa Indo). Manis sikit kicap dia. S