Posts

Showing posts from May, 2019

Kafe Taman Ku, Putrajaya

Image
Kalau anda nak tempat yang cosy , murah dan sedikit ada kelainan, cubalah berkunjung ke Kafe Taman Ku ni yang terletak di Presint 18, Putrajaya.  Kafe Taman Ku, Presint 18 ni tak nampak dari tepi jalan utama di Putrajaya. Kedudukannya sedikit ke dalam, di kawasan perumahan dan kuarters Kerajaan. Sebenarnya Kafe Taman Ku ni cuma ambil corner lot daripada sederet pendek rumah kedai ala Inggeris di Presint 18 ni. Parking dia open space , dan percuma.... yea......!! Setibanya di sana, Alhamdulillah parking pun banyak lagi. Apa lagi semua terus jalan dan masuk Kafe Taman Ku sebab nak catch up , lama tak jumpa kan masing-masing.  Cantik kedai dia...   Kedai ni kalau time lunch weekdays tak ramai orang pun... Ada satu sudut yang ada buku-buku yang saya tak ambil dan masukkan dalam gambar. Tapi buku pun buku-buku lama yang macam tangkap muat je, asal letak je, janji nampak ada buku buat hiasan kat kafe. Harga tak la murah juga kan bila banding dengan kuantiti

Urut Kaki (Refleksologi) di Pasar Malam Putrajaya

Image
Antara aktiviti saya kalau ke Pasar Malam Putrajaya adalah pergi urut kaki, kepala dan bahu di Jemari Kampung . Pasar malam ni diadakan 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Jumaat. Sama la dengan tempat urut ni. Kedudukan gerai ini di tepi sekali menghadap Kementerian Kewangan. Tukang urut dia sedap-sedap juga. Saya suka urut dengan Syamil, Abang Din dengan Wan. Kadang-kadang urut dengan tauke dia sendiri nama Marzuki. Wife pula selalu urut dengan bini Wan tu nama Sarah. Kalau nak urut badan, kena datang kedai diorang kat area Sungai Besi. Atau suruh dorang datang rumah pun bole juga. Kadar upah pula lebih kurang RM25 untuk setengah jam dan RM45 untuk sejam. Datanglah luar dari minggu orang masuk gaji. Seronok sikit, orang tak ramai. Sampai sini saja dulu perkongsian hari ini. Sekian.

Mee Tauhu Tawau, di Tawau (Pekan) Sabah

Image
Kebetulan outstation di Tawau, member bawa makan mee tauhu sebelum gerak ke airport pagi nak balik ke KLIA. Mee Tauhu Tawau ni saya tak pasti la local delicacy orang Tawau ke, atau dorang re-invent dari Chinese Cuisine . Yang pasti di Semenanjung ni pun ada beberapa kedai jual Mee Tauhu Tawau (memang guna nama penuh, dengan Tawau sekali). Yang tengah tu tukang belanjer..  Gambar lauk minta maaf la. Lupa ambil. Da sibuk berborak. Gambar ni pun member punya phone . Tapi simple je cara order dia. Mula2 order mee. Lepas tu order la lauk. Nak tauhu berapa, fish cake , cili, telur mata dengan ikan tuna ekor kuning masak sambal. Iyer.. sini ikan tuna tu buat mainan je.. sayang tengok.. hu3.. Yang ni rasa kat Jalan Kobuta. Di Jalan Tawau Lama pun dorang kata ok. Mee Tauhu ni selalunya ada di Kedai Kopi. Tapi kopi biasa je.. takde la taraf kopitiam. Ayah saya cakap dulu memang orang akan rujuk kedai makan sebagai 'kedai kopi'. Walaupun kedai tu ada jual nasi dagang k

Ayer@8 Putrajaya - Balqis Restaurant

Image
Katakanlah kalau tuan/puan nak ke Putrajaya untuk makan-makan.. ye lah... orang Malaysia.. tak kira apa bangsa, aktiviti asyik makan je beramai-ramai... jarang la dengar kot nak joging ke ramai-ramai ke..  p/s: penulis pun perangai sama. saja poyo... 😝 Maka......................... saya cadangkan berkunjunglah ke Balqis Restaurant . Terletak di ground floor , dan di sebelah tangga yang menghala ke tasik, restoran ini juga merupakan lokasi yang strategik kerana tidak jauh dari lif, tandas dan surau. Tau kan dekat mana? Cari Ayer@8 . Dekat bangunan yang nampak bertingkap2 kaca tu. Bukan yang area macam rumah kedai ye. Harga makanan di sini tidaklah mahal sangat. Lagi-lagi kalau tak order air minuman. Maksud saya order air sejuk atau teh se'teko' je....  Pintu hadapan restoran. Restoran ni nak bayar pakai kad ke, e-wallet ke, semua boleh. Antara kelebihan restoran ini, kita boleh gunakan apa saja jenis pembayaran elektronik untuk bayar.

Costa Coffee, Shell

Image
Semua pembaca, apa khabar? Hari ni saya nak tulis tentang Costa Coffee. Saja je buat catatan untuk diri. Mana la tahu kan lagi 10 tahun mesin Costa Coffee ni da makin canggih. Masa tu mesin ni da tinggal kenangan. Ini la mesin Costa Coffee tu, setakat ni ada dekat Shell je. Harga segelas Costa Coffee tidak la murah. Bergantung pada kita pilih minuman apa, penggemar Costa Coffee perlu membayar sekitar RM9-RM19. Contoh penggunaan mesin Costa Coffee. STEP 1 - ambil gelas dulu, letak bawah muncung tu. Mesin akan detect sendiri saiz cawan. STEP 2 - pilih minuman. Kalau pilih ais, dia akan ingatkan suruh letak ais dulu. STEP 3 - bila da pilih minuman, boleh pilih kalau nak tambah apa2 syrup. Caramel ke, vanilla ke. Add-on RM1 je. STEP 4 - pilih nak gula berapa kiub. Maximum 3 kiub. Kalau nak sugar - free pun boleh. STEP 5 - bill akan keluar. Ambil dan bayar di kaunter. Sucralose - gula tiruan yang yang sebiji macam gula.  Kalau tuan/puan nak manis tapi

Lemang To'ki, Bentong

Image
Kalau lalu jalan Bentong-Raub, pasti anda akan terlihat satu kedai penuh dengan pokok (sampai ke atas bumbung), banyak kereta dan motor parking , dan penuh dengan orang sedang beratur. Ya, itulah Lemang To'ki, Bentong. Satu kedai 'berhantu' yang tidak pernah surut pengunjungnya.  Menawarkan tiga (3) saiz lemang dengan harga RM10, RM12 dan RM13 diiringi rendang ayam/daging (RM6), pengunjung boleh menikmati juadah 'hari raya' ini semasa ia masih panas! Ada beberapa sudut yang memaparkan barang-barang lama. Pandangan mata penulis masa beratur. Lama beratur, tak kurang 30 minit. Mana la owner kedai ni dapat armour ni..  Interior design dia tak ada konsep. Letak je barang-barang lama sekelompok. Buka 12 jam, 6 hari seminggu termasuk cuti... Pada hujung minggu dan hari cuti, kaunter bungkus akan dibuka bagi mengurangkan tempoh menunggu bagi yang nak take-away. Menu bagi kaunter lemang. Ini kawasan nasi campur. Tapi masa kami samp