Posts

Showing posts from February, 2019

Sup Dorai, Sup Doraisamy atau Sup Haji Abu?

Image
Saya pasti anda selalu dengar orang berbicara tentang Sup Dorai. Tapi bila pergi ke kedai tu, tak jumpa pun kedai Sup Dorai. Nampak Gerai Sup Haji Abu ada la. Dekat Jalan Doraisamy. Ha... Sekarang anda mesti dah boleh tangkap kan.. mana datang nama Sup Dorai tu.. 🤣😂 Saya pun dah jarang boleh datang. Ye lah.. sekarang duduk di Seri Kembangan. Kalau kebetulan ada ada di KL je la singgah gerai ni. Kalau tuan/puan nak cari gerai ni, dia ada duduk belakang Restoran Syed. Tak jauh dari Wilayah Complex. Gerai dia belakang lorong kedai mamak Syed Bistro, kat Jalan Doraisamy. Nasi lemak bungkus RM2. Sedap tapi portion kecil. Cuba tengok, harga x la murah kan.. tapi berbaloi.. sedap...!! Sup lidah + urat, RM18. Kalau nak roti benggali bagitau je, dia akan hantar sebuku terus. Roti yang x abis jangan lupa bawa balik. Sebab dia caj sebuku terus walau cuma makan sekeping. Walaupun sedap juga cicah roti benggali dalam sup ni, tapi selalunya saya makan sup dengan nasi

Menu Lain di Itik Salai Masthar, Sungai Merab

Image
Petang ni lady boss nak makan masak lemak itik salai. Sebab terliur tengok FB saya. Saya upload gambar kami di office pegi makan Itik Salai Masthar tengahari semalam. Semalam datang tengahari tak buka. Hari ni datang petang dah buka. Adui... Mee Bandung Muar mengecewakan. Satay daging ok. Kuah dia kurang sedap di tekak saya. My lady boss. Panjang aiskrim dia. 10 inci. RM1.50. Nak update tu je. Boleh refer entry sebelum ni kalau nak tau pasal Kedai Itik Salai Masthar, Sungai Merab .

Umrah for Dummy - Part 1

Image
Ahlan wa sahlan buat semua pembaca blog ini. Apa khabar? Alhamdulillah pada 14 - 26 Mac 2019 saya dan isteri telah berkesempatan untuk menunaikan ibadah umrah beserta ziarah ke Madinah al-Munawarah. Bagi saya ianya memang satu nikmat yang besar. Dapat melihat sendiri kiblat umat Islam di depan mata. Barulah nampak macam mana Kaabah yang sebenar. Selalu dapat tengok dari kaca TV sahaja. Kisah kami pergi pun dah ajaib. Patutlah orang gelar sesiapa yang nak ke Mekah (samada untuk Umrah atau Haji) sebagai tetamu Allah. Rupanya bila tiba rezeki kita, kita akan 'dijemput' dengan cara tersendiri. Macam kami, tiba-tiba sahaja mak saya menawarkan untuk bayarkan dahulu kos umrah ini. Memang dah lama pasang niat nak buat umrah, duit je tak pernah cukup 😂. Rupanya tahun ni doa kami untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci dimakbulkan. Saya berhasrat untuk menulis entry ini selain daripada untuk kenangan sendiri, juga sebagai panduan supaya sedikit sebanyak boleh membantu bak

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Image
Saya ingat Itik Salai Masthar ni dah viral tahun lepas. Tapi viral sekali lagi tahun ni sebab ada video baru dari Mark Weins. Rupa-rupanya Itik Salai Masthar ni dah ada cawangan di Sungai Merab, jadi tak perlu dah la bersempit-sempit di kedai viral mereka di Sungai Ramal. Tempat letak kereta yang memadai. Banyak jika banding dengan di Sungai Ramal. Cawangan Sungai Merab ni di Jalan Haji Yusoff.  Saya tak pasti bila cawangan ni buka, tapi tadi saya pergi, nampak surau masih dalam pembinaan. Agak besar surau dia. Kalau dah siap nanti, akan memudahkan pengunjung. Nak pergi time maghrib pun boleh. Dan di cawangan ni, ada pelbagai gerai lagi. Jadi boleh la jamu selera ikut tekak masing-masing. Ada sup kambing. Gerai ni ada jual lempeng dan bubur kacang. Ada Kelantan Freid Chicken. I love how constantly they 'misspelled' fried. I know they deliberately doing that. But it can be kind of funny, right...? Sebelah warung Char Kue Tiaw tu la surau. 

Rahsia Makan Murah di Secret Recipe

Image
Tahu tak satu rahsia kalau nak makan murah di Secret Recipe? Ya... Datang hari Isnin. Sebab mereka ada ada tawaran istimewa, Secret Monday. Ini tak masuk dalam Secret Monday. Wife punya desert. Shinjuku Baked Cake. Ada 4 syrup. Ini ambil maple syrup. Wangi~ Ikan Dory. Wife bengang sikit sebab rasa hanyir. Saya punya order. Gambar pun saya ambil sendiri. Tu sebab tak cantik. 😅. Desert saya ambil Chocolate Indulgence. Tapi lupa ambil gambar. Kek biasa je pun. Rasa semua pembaca mesti tau kek tu macam mana. Kita cuma perlu bayar harga yang paling mahal. Jadi, kalau nak untung, ambil yang yang sama mahal la. 😁 Ada macam-macam promo di Secret Recipe ni, tapi Secret Monday ni serius murah. Menu Secret Monday ni pun kadang-kadang dia akan tukar. Dulu ada favourite saya grill mexican chicken. Obviously grilled chicken lagi sedap kan. Ok, itu je kali ni. Jemput baca lagi.

RSMY Bandar Baru Bangi - Roti Naan 'Terbaik'

Image
Kalau anda kata anda selalu nampak restoran ni di KL, yee... tepat sekali! Memang RSMY banyak bertapak di KL sebelum melebarkan sayap ke sini, di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Kedai ni boleh nampak dari tepi jalan, so tak susah la kepada anda nak mencarinya. Kedai RSMY Bangi ni buka jam 3.00 petang.Tutup tak pasti jam berapa. Alamat pula di  G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, BB Bangi. Saya dah pergi ke beberapa cawangan RSMY. Menu dia sama je, tapi dari segi rasa, tatau la.. saya suka yang di Medan Tuanku tu. Sebab kimma dia tak la rasa masin macam cawangan ni. Depan Semua House , Jalan Masjid India ada satu kedai nama Restoran Rasa Sayang Malaysia . Saya tak pasti ni ada kaitan ke tak dengan RSMY. Nama tu macam dah bau-bau bacang. Menu pulak lagi la, macam adik-beradik kembar yang dah lama terpisah.  Ok.. kita cakap pasal restoran ni dulu. Baca keterangan di gambar ye.  Sama seperti kebanyakan cawangannya, dalam air-cond , luar open air .  Menu 1: Kedai m

Salam Noodle, Presint 8, Putrajaya

Image
Lama dah tak makan di Salam Noodle, Presint 8, Putrajaya. In fact, lama dah tak makan kat mana-mana Salam Noodle.  By the way, favourite branch saya sebenarnya di Shaftbury, Cyberjaya. Tapi dah branch di Putrajaya lagi dekat dengan office, makanya selalu la ke sini.  Lagipun ada beberapa changes di kedai ni yang buat saya dah tak teruja sangat nak ke mari.  Tapi hari ni datang juga. Sebabnya nak tukar duit syiling dan nak beli benda di farmasi. Mesin tukar duit syiling di Bank Islam Putrajaya rosak. Farmasi yang paling senang parking di Putrajaya kebetulan di sebelah Salam Noodle. Dulu tingkat atas pun Salam Noodle punya. Dia buat surau di tingkat 1. Kadang-kadang kami solat di situ. Menu istimewa dia ni memang menu tetap hari-hari pun. Ni sebab datang, nak tukar syiling. Nak tukar syiling di Putrajaya, kalau mesin syiling bank rosak, sini je la pilihan yang ada. Dorang duk kira syiling saya. Boleh puji, kebersihan A. Cara order.