Posts

Showing posts from March, 2020

Indus Kafe, Putrajaya

Image
Indus Kafe, Putrajaya ini terletak di Marina Putrajaya. Kira sebelah-sebelah dengan Bora Ombak la. Nak datang sini kena lalu Hotel Pullman, atau nama baru dia nanti tak pasti apa, cuma ada signboard tulis Doubletree by Hilton.  Kalau datang tengahari weekdays, dia ada buat express lunch. Sebenarnya buffet la, tapi mungkin sebab lauk dia simple sangat, dia panggil macam tu. Restoran ni memang popular untuk farewell. Contoh macam saya, dah berapa kali dah datang farewell kat sini.  Harga express lunch dia adalah RM26.50. Tapi jangan terkejut, air manis tak ada. Air kosong sejuk je ada. Kopi dan teh pun tak ada ye.  Tapi kalau nak kopi ke, ice-blended ke, boleh je order , tapi kena tambah bayaran la nanti bila checkout.  Kalau datang tengahari, selalu sebelah dalam yang ada aircond tu dah penuh dah dengan orang yang buat reservation 3-4 minggu awal.  Luar ni ada kipas, tapi panas la jugak.  Buffet spread dia semua ada kat sebelah

Pak John Steamboat & BBQ, IOI City Mall

Image
Pak John Steamboat & BBQ ni rasanya ada kat banyak tempat, tapi dah tentulah yang paling dekat dengan kami di Putrajaya adalah di IOI City Mall. Visit terbaru kami adalah pada hari jadi wife saya hari tu. 14 Disember 2019. Restoran ini juga merupakan tempat kami buat majlis perpisahan, keraian kalau ada siapa-siapa naik pangkat, atau buat sambutan bila menang pertandingan.  Harga dia RM39.80 kalau weekdays lunch dan RM49.80 untuk weekdays dinner dan weekend . Kenapa harga dia berbeza? Sebab kalau dinner dan weekend , restoran ni akan serve daging premium macam dalam gambar ni: Maaf, tapi tak ada gambar sangat dalam restoran ni. Agaknya sebab selalu datang, tak pernah teringin nak ambil gambar. Cuma nak cerita, memang berbaloi kalau datang. Ada waffle yang sangat sedap. Dim sum dia biasa je, tapi salted egg yolk pau dia memang win ..  Lepas tu dia ada sup baru, Korean Fish Soup .. fuh.. pedas dan masam. Memang win . Kalau ada gambar n

Cibiuk, Shah Alam

Image
Rumah Makan Cibiuk Shah Alam Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Kebetulan kami ada di Shah Alam hari ni, sebab ada orientasi PhD di UiTM. Saja nak kongsi, kalau tuan / puan nak buat PhD dalam Sains Pentadbiran secara separuh masa, UiTM memang pilihan terbaik. UiTM sediakan pelan pembelajaran yang fleksibel, sesuai dengan orang yang masih bekerja. Walaupun kerja shift . Lepas orientasi tu, saja nak cari makan. Tak la lapar sangat, dorang dah jamu minum petang. Tapi tu la, mulut saja nak try makanan sedap. Cibiuk Shah Alam ni berada di lokasi dekat dengan Pusat Bandar dia. Kawasan pembangunan bercampur, ada banyak lot komersial dan pejabat. Rumah pun ada rasa, kondominium. Kedai selesa, ada penghawa dingin. Masa datang ni tak ramai orang. Walaupun cuma 2 orang je, kami minta duduk dekat sini. Suasana kedai romantik, lampu malap dan kelam je. Kedai maka

Dim Sum Harga Patut di Eastin Hotel, PJ

Image
Kebetulan dalam 4-5 minggu lepas saya ada Bengkel di hotel ni. Jadi masa naik lif tu, nampak la iklan dim sum di Ee Chinese Cuisine Restaurant. Kalau weekend , ada brunch pada harga nett price RM56. Lepas balik daripada Bengkel tu, cerita la kat wife. Dia pulak memang hantu Dim Sum, terus ajak nak datang try makan kat sini... hurm............. Jadi di suatu pagi Sabtu, kami pun pulas la steering ke sini. Brunch dim sum ni cuma dari pukul 10.30 pagi sampai 2.00 petang je tau. And you better book 1st. Anda pasti terkejut tengok betapa penuhnya restoran ini. Tapi kisah kami, sebab bangun pun tak berapa awal, by the time sampai tu, banyak patron tengah nak balik. Dia pun tak tanya ada booking ke tak, terus usher ke meja. Sebelum cerita pasal macam mana cara order , kami nak bagi tau siap-siap yang harga RM56 nett tu sebenarnya belum nett lagi. Sebab apa, dia ada bagi kita kacang dan betik jeruk atas meja tu, dan dia akan caj RM5.60 satu kepala ye untuk menda tu.. dan sam