Posts

Showing posts from June, 2019

Umrah for Dummy - Part 4

Image
KELUARKAN DUIT KETIKA MENUNAIKAN UMRAH Umrah for Dummy - Part 1 Umrah for Dummy - Part 2 Umrah for Dummy - Part 3 Kalau kita bawa duit sikit je ke Tanah Suci Makkah/Madinah, jangan risau..... ATM kat sana pun boleh keluarkan duit kita. Lagipun kebanyakan kad sekarang ni boleh terus guna fungsi ATM Plus tanpa pengaktifan pun. Kalau tak pasti, telefon dulu bank tuan/puan. Di sini, sudah tentu yang untung adalah siapa yang ada Bank Al-Rajhi. Ini adalah kerana tiada sebarang caj dikenakan kepada pengeluaran daripada ATM Al-Rajhi sekiranya pelanggan Al-Rajhi mengeluarkan wang daripada akaunnya. Macam kami, walaupun keluarkan duit di ATM Al-Rajhi, tapi sebab guna Debit Kad Maybank (kami tak ada akaun pun dengan Al-Rajhi), kena caj RM12. Caj RM12 ni kami rasa berpatutan sebab keluarkan duit di ATM di Thailand nak dekat RM30 kena caj. Lagi mahal. Dan kadar tukaran yang dia guna pun lebih kurang dengan money changer punya rate dekat sini je. Jadi tak perlu la risau

Umrah for Dummy - Part 3

Image
Umrah for Dummy - Part 1 Umrah for Dummy - Part 2 Sambungan dari sebelum ni, kali ni saya nak cerita tentang dobi pula. Alhamdulillah di Madinah ni, air dalam bilik air kita adalah freshwater . Mana hotel dapat..? Kadang-kadang akan ada lori tangki air datang penuhkan tangki hotel. Malangnya saya tak bawa handphone masa tu, maka tak dapat la snap gambar untuk tunjuk pada pembaca semua. Pengalaman saya pergi Mesir dulu, kecuali hotel mahal-mahal, hotel lain semua ambil air laut je untuk kegunaan tandas. Ya Allah ... Nak mandi pun makin melekit badan jadinya.. Jadi kalau nak basuh baju sendiri dalam dalam hotel di Madinah ni pun boleh. Tak ada masalah. Cuma kalau malas atau tak mahu bilik jadi serabut bergantung sana sini baju-baju basah, boleh la hantar ke dobi. Versi English. Versi Arab. Selalunya akan ada pekerja yang tunggu di bawah hotel dan edar kad-kad dobi ni. Kalau berminat, bagitau je nombor bilik, diorang akan pergi angkut. Tak payah deposit k