Umrah for Dummy - Part 4

KELUARKAN DUIT KETIKA MENUNAIKAN UMRAH


Kalau kita bawa duit sikit je ke Tanah Suci Makkah/Madinah, jangan risau..... ATM kat sana pun boleh keluarkan duit kita.

Lagipun kebanyakan kad sekarang ni boleh terus guna fungsi ATM Plus tanpa pengaktifan pun. Kalau tak pasti, telefon dulu bank tuan/puan.

Di sini, sudah tentu yang untung adalah siapa yang ada Bank Al-Rajhi. Ini adalah kerana tiada sebarang caj dikenakan kepada pengeluaran daripada ATM Al-Rajhi sekiranya pelanggan Al-Rajhi mengeluarkan wang daripada akaunnya.

Macam kami, walaupun keluarkan duit di ATM Al-Rajhi, tapi sebab guna Debit Kad Maybank (kami tak ada akaun pun dengan Al-Rajhi), kena caj RM12. Caj RM12 ni kami rasa berpatutan sebab keluarkan duit di ATM di Thailand nak dekat RM30 kena caj. Lagi mahal.

Dan kadar tukaran yang dia guna pun lebih kurang dengan money changer punya rate dekat sini je. Jadi tak perlu la risau nak guna ATM di Arab Saudi ni.


Semua ATM akan ada 2 pilihan bahasa.

Kalau guna kredit kad, tekan Credit. kalau guna kad debit, tekan Saving.


ATM di Arab Saudi ni boleh keluarkan sampai not RM5,000.00.

ATM al-Rajhi siap ada Bahasa Melayu.

Kalau bank selain Al-Rajhi, caj dalam RM12 juga.

Kalau tak ada duit dalam bank macam mana? Boleh guna Kad Kredit. Sebab dekat sini keluarkan duit dari Kad Kredit atau Kad Debit, caj sama je, RM12 juga. Kalau di Malaysia, rugi la keluarkan duit guna Kad Kredit sebab ada withdrawal charge.

Tapi kalau nak lagi untung, shopping kedai yang boleh pakai kad. Lagi senang. Swipe je kad kita (Kad Kredit atau Debit pun boleh). Caj RM12 tak ada, lepas tu exchange rate pun selalunya untungkan kita. 

Sekian dulu. Nanti kalau ada kesempatan saya sambung di Umrah for Dummy - Part 5 ye.

Comments

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi