Katakanlah kalau tuan/puan nak ke Putrajaya untuk makan-makan.. ye lah... orang Malaysia.. tak kira apa bangsa, aktiviti asyik makan je beramai-ramai... jarang la dengar kot nak joging ke ramai-ramai ke..
p/s: penulis pun perangai sama. saja poyo... 😝
Maka......................... saya cadangkan berkunjunglah ke Balqis Restaurant. Terletak di ground floor, dan di sebelah tangga yang menghala ke tasik, restoran ini juga merupakan lokasi yang strategik kerana tidak jauh dari lif, tandas dan surau.
Tau kan dekat mana? Cari Ayer@8. Dekat bangunan yang nampak bertingkap2 kaca tu. Bukan yang area macam rumah kedai ye.
Harga makanan di sini tidaklah mahal sangat. Lagi-lagi kalau tak order air minuman. Maksud saya order air sejuk atau teh se'teko' je....
|
Pintu hadapan restoran. |
|
Restoran ni nak bayar pakai kad ke, e-wallet ke, semua boleh.
|
Antara kelebihan restoran ini, kita boleh gunakan apa saja jenis pembayaran elektronik untuk bayar. Macam saya selalu guna GrabPay. Ye la...kat sini tak ada apa2 ATM atau Bank. Tapi kalau datang bawa famili jalan, karang turun bawah tu nak pakai duit lagi. Nak naik beca la, apa la. So time makan kita bayar je la pakai kad/e-payment. Baru ada cash nak guna.
|
Macam biasa, order kat dalam order chit. |
Restoran ni
offer bukan sahaja masakan arab (walaupun majoriti ke sini sebab nak makan makanan arab) tapi juga
western,
chinese dan erm.... melayu..?
|
Yang nombor 400 tu, Sakhsuka dan 435 Zigney Lamb sedap juga. Saya dah try. |
|
Chinese food dia ni, walau pun ada gambar cili, tak pedas mana pun. Sila minta cili potong ye. |
|
Steak dia pan-grilled je, tapi ok la... |
|
Pizza kedai ni bukan calang2. Especially Margarita dia... wow.... sedap. Ada dua saiz. Yang kecik pun da cukup besar. |
|
Minuman macam biasa, mahal banding dengan makanan. |
|
Pencuci mulut. |
|
Ni salad nama Fatoush. Sedap juga. |
|
Tea Adani. Gula kedekut nau.. Dalam bekas kecik tu je. |
|
Apple juice dia nampak tak menarik, tapi minum ada rasa juga. |
|
Margarita Pizza. Superb. Makan panas-panas memang tak menyesal order. |
|
Shaksuka. Roti dia bagi free. Lembut roti dia. Sedap. |
|
Portion seorang. |
|
Cili dia letak dalam ni. Senang la, tak payah minta tambah-tambah. |
Kalau kali pertama datang, jangan lupa bagitau
cashier nak daftar untuk
point. Senang je, dia tak ada kad ke apa. Cuma
everytime nak bayar lain kali sebut je nombor telefon kita. Kalau cukup
point dia tanya nak
redeem ke nak simpan lagi. Kalau
point banyak dapat gak ayam sekor. Kalau cam saya yang selalu guna GrabPay,
point Grab pun dapat. Kira 2 jenis
point.
Cuma dinasihatkan, kalau nak bawa
family hari cuti atau hari minggu,
call la dulu
booking. Kadang-kadang penuh sampai dia tak
entertain dah. Dia nasihat p kedai makan lain je. Hu3....
Tengahari hari kerja, elakkan la musim gaji baru masuk. Pun penuh. Tempat ni juga selalu orang buat makan-makan
farewell ke apa.
Kalau datang sini, masuk la
parking basement.
Parking banyak, ada lif nak naik nanti. Percuma pulak tu. Jangan la menambah sesak jalan raya dengan
parking tepi-tepi jalan ye.
Sampai jumpa lagi di entri lain.
Bye~~~~~
Comments
Post a Comment