Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Jalan Klang Lama

Kedai Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni sebelah Scott Garden je. Yang ada Decathlon. Parking depan Scott Garden tu, premium parking kononnya, RM5 je untuk 2 jam. Boleh park kat situ je kalau tak nak pening cari parking. 



Nasi ayam ni, versi orang Melayu berniaga, memang tak sama dengan kedai orang Tionghua. Kecuali kalau di Sabah, baru boleh jumpa kedai nasi ayam orang Melayu, tapi rasa masakan macam kedai ayam Tionghua. Kalau dekat Semenanjung ni memang susah la.

Nak dijadikan cerita, hari ini kawan saya ajak keluar makan. Saya tanya dekat mana, dia kata "Jalan Klang Lama". Apa yang jauh sangat, rumah kami dua-dua di Putrajaya... dia jawab "Teringin, da lama tak makan..." Hurm... jadi kita layankan aje la...

Lepas tu bila sampai, nampak signboard tulis 'Nasi Ayam Hainan Chee Meng' spontan tertanya "Halal ke...?" Kawan bengang je jawab "Takkan la nak ajak pergi kedai tak halal..." Ha3..

Bila dah parking, laju je kawan suruh tengok logo halal dekat depan kedai. Tapi saya lupa nak snap gambar. Pekerja pun ramai dari Indonesia. Pelanggan pun majoriti orang Melayu.

Saya difahamkan Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni asalnya dari Bukit Bintang. Sangat popular di sana. Ini kira cawangan la kot. Dan masa nak bayar tadi, saya perasan dia ada tampal 'Pembukaan Cawangan Baru Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Glenmarie, Shah Alam'. Jadi maknanya, tuan / puan boleh pergi tiga (3) cawangan Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang, Jalan Klang Lama atau di Glenmarie. 

Dekat bangunan sebelah Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni, tuan / puan boleh parking. Bayar RM5 je untuk 2 jam. Bagi saya murah. 




Kedai dia tak ada aircond. Tapi sebab dia corner lot, tak la rasa panas pun.




Kedai ni boleh bayar pakai cash je. Kalau nak pakai e-wallet atau kad kredit tak boleh. Tapi tak apa, dekat deret kedai ni ada bank. CIMB kalau tak salah.




Tada.... ini la dua jenis sambal cili yang selalu ada di kedai makan Cina. Kalau pergi kedai yong tau fu Cina pun, sambal jenis ni memang ada, dan sangat sedap.





Nasi Ayam Hainan Chee Meng menawarkan pilihan sama ada roasted atau steamed. Lepas tu bagitau siap-siap bahagian apa kita nak. Harga lain-lain, tapi semua lebih RM10. Berbaloi dengan kualiti dia. Mahal pun tak apa, janji makan sedap. Sup dia tak rasa ajinomoto sangat. Saya siap mintak tambah saja nak buat hirup.

Kami cuba juga kerabu mangga dia, pun sedap.

Air dia saya cuba Kopi Hainan Ais, fuh...sedap, macam minum di kopitiam.




Menu Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni tak banyak, 2 muka surat ni je. Frust bila tanya soya buat sendiri ke, dia cakap tak. Hadui... mana nak cari kedai yang buat soya sendiri macam masa saya kecik-kecik dulu ye..




Lepas try makan kat sini, saya faham kenapa kawan saya ketagih Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni. Jalan Klang Lama dari rumah kami ada juga 40 minit baru sampai.. hu3.. gigih betul. Tapi kawan saya ni dia tak mau pergi yang Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Glenmarie yang baru buka tu, walaupun lagi dekat dengan rumah. Dia kata takut tak sedap. Oh.. tauke Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni ada di cawangan Jalan Klang Lama ni. Mungkin rumah dia dekat-dekat sini je.

Sekian, nanti saya cuba di cawangan lain dan update lagi ye.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi