Posts

Showing posts from February, 2021

Tempat Makan Lesehan, Lestari Perdana

Image
Tempat Makan Lesehan di  Jalan LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor ini menawarkan pengalaman makan seperti di Jogjakarta. Kawasan ini memang ramai komuniti Indonesia, sebab lot kedai lama (siap ada surau) tu merupakan rumah kedai. Jadi ramai komuniti tenaga kerja Indonesia yang duduk di kawasan ini. Mungkin Tempat Makan Lesehan ini ingin memberi peluang kepada tenaga kerja Indonesia ini yang merindukan masakan asli Indonesia. Tempat letak kereta di Tempat Makan Lesehan ini banyak, dan juga percuma. Saya pun tak perasan ada Restoran Sate di sebelah Tempat Makan Lesehan ini. Hari kami datang tutup. Jadi tak pasti sate apa yang dia jual. Kedai ni ada jual sambal homemade ... er ... rasa buatan kedai.. sebab kami nampak pekerja dia duduk menumbuk sambal di belakang kedai. Sebotol RM9 sahaja, botol kecil je. Tapi dia jual 2 jenis je, iaitu Sambal Merana (sangat pedas) dan Sambal Kesuma (pedas manis). Kalau makan di kedai ni, ada beberapa tah

Pak John Steambot IOI City Mall masa PKP 2021

Image
Biasanya Pak John Steamboat IOI City Mall ini buka dari jam 11 pagi sampailah 10 malam. Kalau kita pergi malam, jam 9 malam tu nanti dia dah bagi last call. Kalau nak makan apa-apa ambil cepat sebelum dia angkat. Jam 9.30 malam dia dah suruh bayar lepas tu cakap kedai dah nak tutup. Jadi walaupun tulis tutup 10 malam, tapi sebenarnya 9.30 malam dah kena keluar dari Pak John Steamboat IOI City Mall ni.  Menu dia selalu bertukar-tukar juga. Paling saya kecewa bila sotong yang tak diperap dah tiada. Yang tinggal sekarang sotong yang dia perap. Perapan pula rasa masin, walaupun ada 3 jenis perapan sotong yang dia sediakan, antaranya sotong perap kari, sotong perap kicap, dan 1 jenis lagi saya tak ingat.  Tambahan baru kali ini udang lipan di atas ni. Ini tambahan yang baik, sebab selalunya udang lipan ni mahal. Kalau di Sabah RM60 dapat la 2 ekor besar siap masak. Cuma udang lipan ni bau hancing sikit la pula. Kecuali sup kita tu kita adjust bagi bau kuat, tambah