Tempat Makan Lesehan, Lestari Perdana

Tempat Makan Lesehan di Jalan LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor ini menawarkan pengalaman makan seperti di Jogjakarta.

Kawasan ini memang ramai komuniti Indonesia, sebab lot kedai lama (siap ada surau) tu merupakan rumah kedai. Jadi ramai komuniti tenaga kerja Indonesia yang duduk di kawasan ini. Mungkin Tempat Makan Lesehan ini ingin memberi peluang kepada tenaga kerja Indonesia ini yang merindukan masakan asli Indonesia.

Tempat letak kereta di Tempat Makan Lesehan ini banyak, dan juga percuma. Saya pun tak perasan ada Restoran Sate di sebelah Tempat Makan Lesehan ini. Hari kami datang tutup. Jadi tak pasti sate apa yang dia jual.






Kedai ni ada jual sambal homemade... er... rasa buatan kedai.. sebab kami nampak pekerja dia duduk menumbuk sambal di belakang kedai. Sebotol RM9 sahaja, botol kecil je. Tapi dia jual 2 jenis je, iaitu Sambal Merana (sangat pedas) dan Sambal Kesuma (pedas manis). Kalau makan di kedai ni, ada beberapa tahap kepedasan kita boleh pilih. Ada dekat gambar menu di bawah tu. Cuba tuan-puan tengok sendiri.


Alas meja pakai suratkhabar je, memang macam di Jogjakarta. Masuk kedai ni pun kena buka kasut, lepas tu duduk bersila atas lantai.


 





Menu dia banyak juga, macam-macam boleh pilih. Indomie wajib ada, tapi saya rasa tak berbaloi la makan di sini sebab dia goreng macam biasa je. Kalau kita masak di rumah sendiri pun boleh, macam tu juga la rasa dia. 


Nasi Bergadoh. Ayam dengan ikan keli, bila masuk perut bergaduh jadinya. Sambal pun dia bagi 2 jenis. Yang hijau tu sambal kedondong, sedap sebab masam dan pedas.


Bakso urat, tapi uratnya tak rasa sangat. Saya ingat pernah makan di Belitong, Indonesia sedap betul bakso urat dia. Rasa kenyal-kenyal bila kunyah. Dia bagi sambal asing, sedap sambal dia. 


Ini ayam dengan telur sambal berlado. Tapi tak boleh lawan telur berlado di Kampung Kuantan, Padang Jawa, depan masjid tu. Itu memang pakcik legenda yang masak, sedap. Cuma sekarang pakcik tu dah tua, jadi dah mula pakai kuli, maka rasa makanannya pun ada la berbeza sikit berbanding zaman kami di Universiti dulu.


Boleh bayar pakai e-wallet juga.


Kalau pesan makanan daripada Tempat Makan Lesehan ni guna Food Panda, 1 menu dia akan mark-up RM4. Kalau order 2 makanan dah rugi RM8, tambah delivery lagi.... baik la kami datang makan kat kedai je. Jarak dengan rumah pun tak jauh mana.

Sekali-sekala kalau rasa nak tukar selera, boleh la datang ke Tempat Makan Lesehan ni. Banyak jenis makanan ada, bakso, soto, mi ayam, asli Indonesia... nak try Teh Botol Sosro ke, dalam botol kaca tau... yang kat kedai kat Malaysia ni jual dalam botol plastik, lain feeling minum. Jus alpukat (avocado) pun ada. 

Sekian, terima kasih.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi

Ayer@8 Putrajaya - Balqis Restaurant