Posts

Showing posts from August, 2019

Spag & Ju's, Sunway Pyramid

Image
Saja la nak tulis sikit pasal kedai ni. Takda apa yang spesel sangat pun, cuma masa tu tatau nak makan apa kat Sunway Pyramid, kami mai sini la. Ok, kedai ni obviously kat mana-mana pun ada. Bukan kat sini je. Konsep kedai adalah duduk, kemudian dia datang ambil order .   Boleh bayar pakai e-wallet kalau nak. Makanan memang takda apa yang menarik pun, tapi portion spageti memang banyak. Sos tu kalau nak pilih dua2 pun boleh. Dia hantar dalam small bowl nanti. Kedai macam ni standard la, makanan murah, air mahal. Kami minum lemonade dia sedap jugak, walaupun mahal sikit. Menyegarkan~~ Sekian sahaja review kali ni. Sampai jumpa lagi.

Restoran Sambal Hijau, Kampung Sungai Penchala

Image
Kalau sebut Kampung Sungai Penchala, ramai yang akan ingat al-Arqam. Tapi kalau saya pulak, saya akan ingat kisah ayah saya tak jadi jutawan sebab tak dapat beli tanah lot di sini. 😆 Al-kisahnya, tahun 80-an dulu, ayah saya pernah ditawarkan tanah di sini oleh member ofis dia. Terdesak nak duit. Tanah ada geran okay, bukan TOL ke setinggan. Tapi sebab Sungai Penchala masa tu jauh, dan kalau beli tanah, tiap-tiap bulan duit keluar, nak sewakan susah, nanti negative cashflow .  So, ayah saya ingat nak beli flat di Wangsa Maju, sebab kami masa tu dah duduk di Wangsa Maju. Flat tu dalam RM29,000. RM100 je bayar bank sebulan masa tu. Boleh sewakan, ada la duit masuk sikit. Dan zaman tu, sewa rumah selalunya mahal dari beli. Bayar bank RM100, tapi orang sewa rumah RM150 time tu. Bukan macam sekarang, kami bayar bank RM1,700, orang sewa RM1,200 je. 😔 Malangnya time tu ada dasar 1 orang 1 rumah. Kami dah duduk teres di area Wangsa Maju masa tu. Isi borang nak beli flat kena rije

Nasi Ganja Ipoh

Image
Mana kedai ni dapat nama nasi ganja pun tatau la. Yang nampak kedai ni adalah kedai dalam kedai. Sebab apa, kita boleh nampak signboard Restoran Yong Suan dekat kedai ni, lepas tu baru la nampak signboard Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah. Harganya murah yang amat. Tapi portion sikit la. Sedang elok untuk orang perempuan. Kalau laki pergi tu sama ada minta nasi tambah terus, atau order je 2 pinggan. Tempat basuh tangan dia 1 je, kena masuk area dapur. Lauk tak banyak, sotong selalu habis. Bila kita sampai kedai ni, kita nampak ramai orang beratur kat kaunter. Untuk pengetahuan tuan/puan yang nak pergi, yang beratur tu kalau nak beli bungkus. Kalau kita nak makan kat kedai ni, cari je meja siap-siap, nanti dia ambil order . Saya suka minum soya yang dia bancuh sendiri. Nampak ada amoi dok ambil gambar, first time datang kot. Tapi tak juga, saya dah banyak kali datang pun duk ambil gambar lagi 😅. Set ni RM5.80 je. Saya selalunya ambil 1 set ayam, 1

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi

Image
Hari ni pagi-pagi hari lagi kawan ofis bagitau nak pi makan Bawal Power Sempoi . Jam 1.08 pm kami turun pi kat kereta. Bila kereta gerak je terus kawan tu cakap ikut Desa Pinggiran Putra, masuk ikut Coffee Village. Tercengang sekejap... sebab duk bayangkan nak pi Bawal Power Sempoi, dekat Futurise, Cyberjaya. Alah.... yang masuk ikut MaGiC tu.. 8 minit je dari Presint 4, Putrajaya. Rupanya member cakap p kat Teras Jernang ni ha... Bawal Power Sempoi, Teras Jernang ni kurang orang.. o.. yeke.. Lama la sikit nak sampai, ada dalam 15 minit masuk parking . Takpe, makan cepat-cepat, balik ofis cepat.  Saya pernah dengar Bawal Power Sempoi ni ada branch kat Bangi, tak terlintas la pulak kat Teras Jernang rupanya. Ni kali pertama pi la ni. Layan diri, ambil, datang kaunter bayar, makan. Set dia Nasi Putih, Kari Ikan (ikan takde, bendi je ada) dan Bawal/Siakap/Sotong/Keli/Ayam Kampung, ikut kita pilih apa la. Harga tak display . Alasannya sebab harga ikut saiz. Kut ye pun, b

Dolly Dim Sum, IOI City Mall, Putrajaya

Image
Besday saya tahun ni, wife and her besfren (salah sorang, sebab wife saya banyak besfren) sibuk nak belanja saya kat Dolly Dim Sum . Rupanya sebab kalau tunjuk IC, besday boy/girl dapat 15% discount on total bill . Menu ni memang ala carte . Takde set pun. Coffee dia sedap. Tea kalau minta sejuk, dia bagi ice dalam mangkuk. nanti cedok sendiri masuk cawan. Dim sum dia berbaloi nak try . Pau pun ok. Kalau cawangan di Putrajaya ni memanjang penuh. Tukang banjer. Chop stick plastik, rindu nak pakai yang kayu (bukan yang kayu pakai buang). Harga dim sum dia tak mahal sangat, tapi tak la jugak murah. Kalau yang goreng-goreng memang ok, sebab dia goreng terus hantar. Beza la makan buffet dim sum, tatau da lama mana goreng, rasa berminyak. Tat tak menyesal jugak kalau order. Bubur sedap. Nasi goreng the best . Nasi goreng thai pun ok. Saya rasa mahal dan tak berbaloi tol makan sayur brocolli nih. Mochi bes