Restoran Sambal Hijau, Kampung Sungai Penchala

Kalau sebut Kampung Sungai Penchala, ramai yang akan ingat al-Arqam. Tapi kalau saya pulak, saya akan ingat kisah ayah saya tak jadi jutawan sebab tak dapat beli tanah lot di sini. 😆

Al-kisahnya, tahun 80-an dulu, ayah saya pernah ditawarkan tanah di sini oleh member ofis dia. Terdesak nak duit. Tanah ada geran okay, bukan TOL ke setinggan. Tapi sebab Sungai Penchala masa tu jauh, dan kalau beli tanah, tiap-tiap bulan duit keluar, nak sewakan susah, nanti negative cashflow

So, ayah saya ingat nak beli flat di Wangsa Maju, sebab kami masa tu dah duduk di Wangsa Maju. Flat tu dalam RM29,000. RM100 je bayar bank sebulan masa tu. Boleh sewakan, ada la duit masuk sikit. Dan zaman tu, sewa rumah selalunya mahal dari beli. Bayar bank RM100, tapi orang sewa rumah RM150 time tu. Bukan macam sekarang, kami bayar bank RM1,700, orang sewa RM1,200 je. 😔

Malangnya time tu ada dasar 1 orang 1 rumah. Kami dah duduk teres di area Wangsa Maju masa tu. Isi borang nak beli flat kena rijek.. Ayah saya kata masa dia nak beli rumah yang kami duduk sekarang ni, dia kena beratur kol 4 pagi kat pejabat pemaju. Nak beli rumah pun borang kena beli, lepas tu undi pulak. Fuh~~ susah tak susah nak beli rumah dulu. Rumah kurang dari pembeli.

Maka, tanah melepas, rumah pun melepas. Cuma tanah di Sungai Penchala tu ada member ayah yang lain yang beli. Dalam 3-4 tahun lepas, kami jumpa member ayah tu, dia cerita ada developer nak beli tanah area tu, cuma developer buat syarat kalau semua orang nak jual baru dia nak beli. So, member ayah ni kena tekanan la dengan owner-owner tanah lain.

Jadi dia pun setuju la nak jual, terkejut dia developer tu offer RM980 ribu. Tak ingat saya tanah tu luas mana. Cuma saya ingat dia beli dulu RM11 ribu. Loan da abis bayar pun. Mak datuk, jutawan segera. 30 tahun lebih punya investment je... 

Ish.. sori la.. panjang pulak melalut ke benda lain.

Kalau tuan/puan nak datang makan sini, jangan risau, belakang kedai ni ada parking. Percuma je. 


Parking dia tak la luas sangat. Kalau takde parking, nak senang, hantar pi carwash belakang tu, tak payah pening pasal parking


Tolong la kemas, dapat pahala tuan/puan.

Kedai ni dia terbelah dua, Ini pandangan kalau kita jalan dari parking. Nak senang masuk belah kiri tu.

Saya boleh bagi tips sikit kalau nak cari tempat duduk. Tuan / Puan nampak gambar di atas? Nanti masuk sebelah kiri tu, lepas tu ke kiri lagi. Ada tempat aircond. Selalunya tempat aircond tu mesti ada kosong. Saya dah banyak kali dah duduk situ walaupun time rehat tengahari.

Dah jumpa tempat duduk, suruh sorang jaga, yang lain boleh pi amik makanan. Nanti duduk ada orang datang kira dan tanya nak minum air apa. Alah... macam konsep kedai mamak la...


Menteri Pembangunan Luar Bandar pun ada makan kat sini.

Paru goreng dia sedap.


Kedai dia sebelah masjid je.

Bagi yang tak tahu, kedai ni sebelah je dengan Masjid Jamek Kg. Sungai Penchala. So, kalau nak datang hari Jumaat boleh juga, cuma nak parking susah la. Ramai orang. 



Air Coway tak free ye, jangan salah anggap.

Parking elok2, jangan halang laluan.

Gearbox dia pun ok, boleh tahan.

Saya pernah try, rasa ok, tapi sebab da sejuk, kurang sikit la. Especially ayam tuh... 


Nak masuk parking, masuk ikut lorong nih.

Konsep dia macam kedai mamak, bawak kertas yang dia da kira ke kaunter, bayar.

Sambal Hijau ni la yang unik kat kedai ni. Caj weh.. amik takat nak makan je ye. Lagipun pedas, Amik banyak pun bukan boleh habis..

Ni lah ruang aircond tuh, selesa, tak panas, dan selalunya mesti ada tempat kosong.
Satu lagi yang saya suka ambil, gulai tungong nih... basically urat ni, cam yang dalam sup urat keting tuh. Tapi dia tak potong kecik2. Sebesar-besarnya.

Nampak macam van ice. Tak sure van ni untuk apa sebenarnya. Saja ambil gambar... 😅


Saya tak pernah pergi pagi, so saya tak tau apa dia jual pagi. Tapi kalau malam, ala-carte je la. Kecuali bulan Ramadhan, dia buat nasi berlauk macam ni untuk bukak puasa.

So, kalau nak enjoy Restoran Sambal Hijau nih, datang la time lunch ye, memang meriah makan.

Sekian.




Comments

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi