Posts

Showing posts with the label masak lemak

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Image
Saya ingat Itik Salai Masthar ni dah viral tahun lepas. Tapi viral sekali lagi tahun ni sebab ada video baru dari Mark Weins. Rupa-rupanya Itik Salai Masthar ni dah ada cawangan di Sungai Merab, jadi tak perlu dah la bersempit-sempit di kedai viral mereka di Sungai Ramal. Tempat letak kereta yang memadai. Banyak jika banding dengan di Sungai Ramal. Cawangan Sungai Merab ni di Jalan Haji Yusoff.  Saya tak pasti bila cawangan ni buka, tapi tadi saya pergi, nampak surau masih dalam pembinaan. Agak besar surau dia. Kalau dah siap nanti, akan memudahkan pengunjung. Nak pergi time maghrib pun boleh. Dan di cawangan ni, ada pelbagai gerai lagi. Jadi boleh la jamu selera ikut tekak masing-masing. Ada sup kambing. Gerai ni ada jual lempeng dan bubur kacang. Ada Kelantan Freid Chicken. I love how constantly they 'misspelled' fried. I know they deliberately doing that. But it can be kind of funny, right...? Sebelah warung Char Kue Tiaw tu la surau.  ...