Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Saya ingat Itik Salai Masthar ni dah viral tahun lepas. Tapi viral sekali lagi tahun ni sebab ada video baru dari Mark Weins.

Rupa-rupanya Itik Salai Masthar ni dah ada cawangan di Sungai Merab, jadi tak perlu dah la bersempit-sempit di kedai viral mereka di Sungai Ramal.

Tempat letak kereta yang memadai. Banyak jika banding dengan di Sungai Ramal.

Cawangan Sungai Merab ni di Jalan Haji Yusoff. 

Saya tak pasti bila cawangan ni buka, tapi tadi saya pergi, nampak surau masih dalam pembinaan. Agak besar surau dia. Kalau dah siap nanti, akan memudahkan pengunjung. Nak pergi time maghrib pun boleh.

Dan di cawangan ni, ada pelbagai gerai lagi. Jadi boleh la jamu selera ikut tekak masing-masing.

Ada sup kambing.

Gerai ni ada jual lempeng dan bubur kacang.

Ada Kelantan Freid Chicken. I love how constantly they 'misspelled' fried. I know they deliberately doing that. But it can be kind of funny, right...?

Sebelah warung Char Kue Tiaw tu la surau. 

Dorang stat meniaga petang kot.

Sup lidah pun ada.

Nasi ayam, style Melayu.

Willy Satay pun mungkin buka malam. Nenas tu jual. Nak jus nenas pun ada.

Tapi mostly yang datang sini mesti nak makan masak lemak kan. Masa saya datang tadi cuma ada daging salai, keli salai, dan itik salai. Saya tanya juga puyuh salai. Dia cakap tak ada lagi. Tak pasti maksudnya belum dimasak ke, atau stok puyuh tak ada hari tu. Tengok dalam menu ada.

Konsep kedai ni layan diri. Tapi masak lemak dia dah letak dalam mangkuk siap2. Ambil je. Harga dalam RM6-7 gitu la. Maaf tadi bayar ramai-ramai, tak berapa pasti harga yang tepat.

Layan diri. Air pun layan diri. 😂. 

Daging dan puyuh. Nampak sama je kan? 

Ayam goreng dia besar, juicy dan tadi ambil panas-panas lagi.. 😋

Memang tak mahal sangat makan di sini. Kedai pun agak bersih dan selesa.

Kalau nak datang tu, mebi kena datang lebih dari sorang. Maklum la, konsep 100% layan diri ni, meja kalau takde orang jaga payah juga.

Sekian, sampai sini sahaja perkongsian kali ini. Jemput baca lagi.

update - Part 2

Comments

  1. So sini makanan sedap n sesuai dengan harga? Lama x nampak daging salai. Asyik menu overseas je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi