Posts

Showing posts with the label makan di Bangi

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Image
Saya ingat Itik Salai Masthar ni dah viral tahun lepas. Tapi viral sekali lagi tahun ni sebab ada video baru dari Mark Weins. Rupa-rupanya Itik Salai Masthar ni dah ada cawangan di Sungai Merab, jadi tak perlu dah la bersempit-sempit di kedai viral mereka di Sungai Ramal. Tempat letak kereta yang memadai. Banyak jika banding dengan di Sungai Ramal. Cawangan Sungai Merab ni di Jalan Haji Yusoff.  Saya tak pasti bila cawangan ni buka, tapi tadi saya pergi, nampak surau masih dalam pembinaan. Agak besar surau dia. Kalau dah siap nanti, akan memudahkan pengunjung. Nak pergi time maghrib pun boleh. Dan di cawangan ni, ada pelbagai gerai lagi. Jadi boleh la jamu selera ikut tekak masing-masing. Ada sup kambing. Gerai ni ada jual lempeng dan bubur kacang. Ada Kelantan Freid Chicken. I love how constantly they 'misspelled' fried. I know they deliberately doing that. But it can be kind of funny, right...? Sebelah warung Char Kue Tiaw tu la surau.  ...

RSMY Bandar Baru Bangi - Roti Naan 'Terbaik'

Image
Kalau anda kata anda selalu nampak restoran ni di KL, yee... tepat sekali! Memang RSMY banyak bertapak di KL sebelum melebarkan sayap ke sini, di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Kedai ni boleh nampak dari tepi jalan, so tak susah la kepada anda nak mencarinya. Kedai RSMY Bangi ni buka jam 3.00 petang.Tutup tak pasti jam berapa. Alamat pula di  G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, BB Bangi. Saya dah pergi ke beberapa cawangan RSMY. Menu dia sama je, tapi dari segi rasa, tatau la.. saya suka yang di Medan Tuanku tu. Sebab kimma dia tak la rasa masin macam cawangan ni. Depan Semua House , Jalan Masjid India ada satu kedai nama Restoran Rasa Sayang Malaysia . Saya tak pasti ni ada kaitan ke tak dengan RSMY. Nama tu macam dah bau-bau bacang. Menu pulak lagi la, macam adik-beradik kembar yang dah lama terpisah.  Ok.. kita cakap pasal restoran ni dulu. Baca keterangan di gambar ye.  Sama seperti kebanyakan cawangannya, dalam air-cond , luar open air .  ...

Haslinda Sim, Bangi - Restoran Cina Muslim

Image
Kalau anda hendak cari tempat makan di Bandar Baru Bangi, salah satu tempat yang berbaloi anda kunjungi adalah Restoran Haslinda Sim yang menyajikan masakan Cina Muslim.  Kalau berkunjung ke sini elok cuba Nasi Itik. Saya rasa lagi sedap dari makan di Hong Kong. Mungkin sebab cara masak masuk dengan selera kita. Di Hong Kong setengah rempah dia tu buat kita rasa macam makan ubat.   Ala-carte pun ada. Ye la, selalunya restoran macam ni, kalau order lauk, saiz S pun dah banyak. Kami cuma datang berdua. Tak dapat la nak makan lauk 😭. Menu lauk. Kami order juga salted egg prawn buat ratah. 😂 Set kalau nak jimat. Valid sepanjang hari. Malangnya gambar kedai dan gambar makanan saya lupa ambil. Minta maaf 😅. Tak apalah. Lain kali kalau pergi lagi saya akan update entry ni.  Satu yang best dekat kedai ni, sebab owner dia sentiasa ada. Owner dia ramah dan rajin melayan.  Cuma kedai ni sederet dengan Muaz Tekstil, kawasan Bangi Sen...