Umrah for Dummy - Part 3

Umrah for Dummy - Part 1
Umrah for Dummy - Part 2

Sambungan dari sebelum ni, kali ni saya nak cerita tentang dobi pula.

Alhamdulillah di Madinah ni, air dalam bilik air kita adalah freshwater. Mana hotel dapat..? Kadang-kadang akan ada lori tangki air datang penuhkan tangki hotel. Malangnya saya tak bawa handphone masa tu, maka tak dapat la snap gambar untuk tunjuk pada pembaca semua.

Pengalaman saya pergi Mesir dulu, kecuali hotel mahal-mahal, hotel lain semua ambil air laut je untuk kegunaan tandas. Ya Allah... Nak mandi pun makin melekit badan jadinya..

Jadi kalau nak basuh baju sendiri dalam dalam hotel di Madinah ni pun boleh. Tak ada masalah. Cuma kalau malas atau tak mahu bilik jadi serabut bergantung sana sini baju-baju basah, boleh la hantar ke dobi.



Versi English.


Versi Arab.



Selalunya akan ada pekerja yang tunggu di bawah hotel dan edar kad-kad dobi ni. Kalau berminat, bagitau je nombor bilik, diorang akan pergi angkut.

Tak payah deposit ke apa. Lepas siap cuci, lipat dan keringkan diorang akan hantar semula ke bilik kita, dan bayar ketika itu.

Kadar upah dia pening sikit. Kadang-kadang ikut helai (macam kain ihram, dia caj ikut helai) dan kadang ikut kilogram. Apa pun, caj dia logik lagi nak bayar walaupun mahal dari Malaysia. Kalau tak salah, kain ihram sepasang RM18. Maknanya RM9 sehelai.

Itu sahaja kali ni. Jumpa di Umrah for Dummy - Part 4 pula ye.


Comments

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi