Dim Sum Harga Patut di Eastin Hotel, PJ


Kebetulan dalam 4-5 minggu lepas saya ada Bengkel di hotel ni. Jadi masa naik lif tu, nampak la iklan dim sum di Ee Chinese Cuisine Restaurant. Kalau weekend, ada brunch pada harga nett price RM56.

Lepas balik daripada Bengkel tu, cerita la kat wife. Dia pulak memang hantu Dim Sum, terus ajak nak datang try makan kat sini... hurm.............

Jadi di suatu pagi Sabtu, kami pun pulas la steering ke sini. Brunch dim sum ni cuma dari pukul 10.30 pagi sampai 2.00 petang je tau. And you better book 1st. Anda pasti terkejut tengok betapa penuhnya restoran ini.

Tapi kisah kami, sebab bangun pun tak berapa awal, by the time sampai tu, banyak patron tengah nak balik. Dia pun tak tanya ada booking ke tak, terus usher ke meja.

Sebelum cerita pasal macam mana cara order, kami nak bagi tau siap-siap yang harga RM56 nett tu sebenarnya belum nett lagi. Sebab apa, dia ada bagi kita kacang dan betik jeruk atas meja tu, dan dia akan caj RM5.60 satu kepala ye untuk menda tu.. dan sama la, untuk chinese tea pun akan caj RM5.60 juga, so total dalam RM67 juga per pax  sebenarnya.

Tapi tak apa la, sebab kualiti dim sum dia memang agak puas hati. Bila kita dah duduk dekat meja, dia akan tanya nak ala carte ke buffet. Kalau kita jawab buffet, dia akan bagi menu buffet ni. Menu ni dia takkan amik dari atas meja kita sampai la kita dah tanak makan.

Mula-mula tu kami macam terkejut la, sebab buffet dia rupanya bukan dalam bentuk spread. Kena order jugak macam ala carte. Lepas tu tengok menu dia macam tak banyak.. lagi la rasa frust.


Ini menu goreng-goreng dan manisan.

Ini menu dim sum.



Tapi rupanya sekali dah sampai order dia, fuh........ sedap.. dan portion dia banyak. Macam kebanyakan restaurant dim sum, dalam 1 bakul tu ada 3 je kan...? Dekat sini selalunya ada 4.

Keledek goreng...


Nasi tu sedap. Pau pun.


Ini durian goreng. Panas betul, nak melecur lidah bila gigit.


Bubur sedap, tapi mangkuk besar sangat.. hu3..

Kami tak mampu pun nak ulang mana-mana menu 2x. Walaupun memang boleh, sebab unlimited. Sebab kenyang sangat, dan semuanya sedap. Pekerja-pekerja dia pun sangat baik, walaupun da cakap tak larat nak makan dah, sekali sekala dorang tetap singgah tanya nak order apa-apa lagi tak.. 

Bila kitchen da nak tutup pun, sekali lagi dia datang tanya last order.. tap kami dah surrender...

Restoran kat Eastin Hotel ni penuh dengan expatriate dan elite Malays... mujur la melawa sikit, tak la rasa canggung sangat.


Tak ingat apa, tapi tak sejuk pun... minum panas..


Fluffy egg tarts.. best.... 






Ada setengah benda tu tak ingat apa tapi sedap. Macam gambar atas dan bawah ni.





Wife saya komen "kenapa avocado dan mango boleh dicampur dengan begitu sedap". Tapi rupa desert ni pun cantik kan..?




Ini pun desert. Yang herbal jelly tu memang rasa ubat, macam teh yang dekat kedai ubat cina dalam teko emas besi yang besar tu. Kena letak madu sikit barulah enak dimakan. 

Landmark hotel ni kat Phileo Damansara. Naik MRT pun sampai. Tapi kalau hari minggu parking murah je, flat rate RM5.00. 

Sampai sini saja buat kali ini. Bye-bye.


Comments

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi