Lemang To'ki, Bentong

Kalau lalu jalan Bentong-Raub, pasti anda akan terlihat satu kedai penuh dengan pokok (sampai ke atas bumbung), banyak kereta dan motor parking, dan penuh dengan orang sedang beratur. Ya, itulah Lemang To'ki, Bentong. Satu kedai 'berhantu' yang tidak pernah surut pengunjungnya. 

Menawarkan tiga (3) saiz lemang dengan harga RM10, RM12 dan RM13 diiringi rendang ayam/daging (RM6), pengunjung boleh menikmati juadah 'hari raya' ini semasa ia masih panas!

Ada beberapa sudut yang memaparkan barang-barang lama.

Pandangan mata penulis masa beratur. Lama beratur, tak kurang 30 minit.

Mana la owner kedai ni dapat armour ni.. 

Interior design dia tak ada konsep. Letak je barang-barang lama sekelompok.

Buka 12 jam, 6 hari seminggu termasuk cuti...

Pada hujung minggu dan hari cuti, kaunter bungkus akan dibuka bagi mengurangkan tempoh menunggu bagi yang nak take-away.

Menu bagi kaunter lemang.

Ini kawasan nasi campur. Tapi masa kami sampai, dalam pukul 4 petang, nasi campur dah habis.

Suasana kedai memang agak nyaman dengan pokok-pokok yang ditanam dan juga barang-barang lama sebagai hiasan. Walau bagaimanapun, keadaan kedai agak bising dan bingit.

Pelayan ni bukan amik order pun. Tolong kemas meja je. Nak kemas sendiri pun boleh meja. Tempat letak pinggan mangkuk dah disediakan beserta kain lap meja.

Ada jual CKT juga.

Nampak macam heli betul. Harap ibu bapa boleh kawal anak-anak. Kalau dibiarkan budak-budak panjat dan sebagainya, lama-lama rosak la landscape ni.

Selain nasi campur, satay dan roti canai pun ada.

Roti canai pun layan diri. Dalam periuk besi tu kuah dal yang biashe biashe je.

Tak panas ke bang...? 

Sirap dan air coway percuma je. 

Tak berhenti-henti bakar lemang.

Harga lemang.

Dalam piring tu yang set RM6. Dalam pinggan ni lemang RM13.

Sambal hitam. Tak berkenan di hati. Sebab saya suka versi yang basah.

Serunding, tapi takkan nak makan dengan lemang beli satu plastik camni.. haiyoo.. 

Sederet dengan kaunter lemang ada kaunter ayam bakar dan daging bakar. Sedap daging bakar dia.. 

Adik ni tengah terbongkok menghiris daging bakar. Maka bersabar la ye kalau servis di sini lambat. 

Unik toilet punya signage pakai kayu macam ni je. 

Saya pun sebab masuk kedai ni dalam keadaan lapar, so tak perhati sekeliling sangat. Tak tau apa lagi yang nak diceritakan. Apa-apa pun, semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk semua.

Bye...

Comments

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi