Costa Coffee, Shell

Semua pembaca, apa khabar? Hari ni saya nak tulis tentang Costa Coffee. Saja je buat catatan untuk diri. Mana la tahu kan lagi 10 tahun mesin Costa Coffee ni da makin canggih. Masa tu mesin ni da tinggal kenangan.


Ini la mesin Costa Coffee tu, setakat ni ada dekat Shell je.


Harga segelas Costa Coffee tidak la murah. Bergantung pada kita pilih minuman apa, penggemar Costa Coffee perlu membayar sekitar RM9-RM19.


Contoh penggunaan mesin Costa Coffee.


STEP 1 - ambil gelas dulu, letak bawah muncung tu. Mesin akan detect sendiri saiz cawan.

STEP 2 - pilih minuman. Kalau pilih ais, dia akan ingatkan suruh letak ais dulu.

STEP 3 - bila da pilih minuman, boleh pilih kalau nak tambah apa2 syrup. Caramel ke, vanilla ke. Add-on RM1 je.

STEP 4 - pilih nak gula berapa kiub. Maximum 3 kiub. Kalau nak sugar - free pun boleh.

STEP 5 - bill akan keluar. Ambil dan bayar di kaunter.



Sucralose - gula tiruan yang yang sebiji macam gula.


 Kalau tuan/puan nak manis tapi tak nak gula, masa dia suruh pilih kuantiti gula tu ambil '0'. Lepas tu nanti boleh tambah Sucralose ni.

Sucralose ni gula tiruan. Dia buat dari gula betul juga sebenarnya. Tebu. Tapi dia akan buang beberapa rantaian kimia, menghasilkan gula tiruan nama Sucralose ni.

So rasa dia sebijik macam gula. Tak ada la pelik macam rasa equal. Atau macam rasa stevia.

Sampai sini saja kali ni. Sekian, terima kasih.




Comments

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi