Posts

Restoran Flavour of China, Cyberjaya

Image
Restoran Flavour of China ni terletak di Cyber 12, Cyberjaya. Sebelah je dengan Pelita Nasi Kandar ni. Kedai ni pun pelik sikit, tak tahu la kenapa siap ada 2 signboard lain-lain nama. Tapi kalau nak order dalam Food Panda, kedai ni guna nama Restoran Flavour of China.  Baik, berbalik pada kedai ni.. kami datang sini tapi tak pernah makan hotpot dia. Walaupun kalau tengok dalam blog-blog lain, ramai datang makan hotpot dia. Apa kan daya, sebab kami berdua je kan, susah nak makan set banyak-banyak ni. Sini saya kasi tempek dulu ye menu dia.  Kalau dah order spicy beef jerky dia ni, satay takyah try pun tak apa. Sama je rasa dia.  Beef tripe ni saya tak boleh gi sangat, sebab dia pakai organ dalaman macam perut.. Beef bun dia sedap. Kecik je sekeping tu pun. Inti dia sama macam isi beef dumpling . Braised eggplant dia rangup. Cuma sos dia tu rasa banyak MSG. Vinegar shredded potato ni kegemaran saya. Tak masam pun, d

Tempat Makan Lesehan, Lestari Perdana

Image
Tempat Makan Lesehan di  Jalan LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor ini menawarkan pengalaman makan seperti di Jogjakarta. Kawasan ini memang ramai komuniti Indonesia, sebab lot kedai lama (siap ada surau) tu merupakan rumah kedai. Jadi ramai komuniti tenaga kerja Indonesia yang duduk di kawasan ini. Mungkin Tempat Makan Lesehan ini ingin memberi peluang kepada tenaga kerja Indonesia ini yang merindukan masakan asli Indonesia. Tempat letak kereta di Tempat Makan Lesehan ini banyak, dan juga percuma. Saya pun tak perasan ada Restoran Sate di sebelah Tempat Makan Lesehan ini. Hari kami datang tutup. Jadi tak pasti sate apa yang dia jual. Kedai ni ada jual sambal homemade ... er ... rasa buatan kedai.. sebab kami nampak pekerja dia duduk menumbuk sambal di belakang kedai. Sebotol RM9 sahaja, botol kecil je. Tapi dia jual 2 jenis je, iaitu Sambal Merana (sangat pedas) dan Sambal Kesuma (pedas manis). Kalau makan di kedai ni, ada beberapa tah

Pak John Steambot IOI City Mall masa PKP 2021

Image
Biasanya Pak John Steamboat IOI City Mall ini buka dari jam 11 pagi sampailah 10 malam. Kalau kita pergi malam, jam 9 malam tu nanti dia dah bagi last call. Kalau nak makan apa-apa ambil cepat sebelum dia angkat. Jam 9.30 malam dia dah suruh bayar lepas tu cakap kedai dah nak tutup. Jadi walaupun tulis tutup 10 malam, tapi sebenarnya 9.30 malam dah kena keluar dari Pak John Steamboat IOI City Mall ni.  Menu dia selalu bertukar-tukar juga. Paling saya kecewa bila sotong yang tak diperap dah tiada. Yang tinggal sekarang sotong yang dia perap. Perapan pula rasa masin, walaupun ada 3 jenis perapan sotong yang dia sediakan, antaranya sotong perap kari, sotong perap kicap, dan 1 jenis lagi saya tak ingat.  Tambahan baru kali ini udang lipan di atas ni. Ini tambahan yang baik, sebab selalunya udang lipan ni mahal. Kalau di Sabah RM60 dapat la 2 ekor besar siap masak. Cuma udang lipan ni bau hancing sikit la pula. Kecuali sup kita tu kita adjust bagi bau kuat, tambah

Caravan Cafe, Seksyen 9, Bangi

Image
Tujuan kami ke Caravan Cafe, Bangi Seksyen 9 ni asalnya sebab isteri saya tiba-tiba rasa nak makan kek. Sebab haritu, kami order online. Ya ampun, boleh tahan mahal juga delivery dia. Rumah kami pun di Bandar Putra Permai agak jauh juga dari  Caravan Cafe, Bangi Seksyen 9. Lagi-lagi sekarang ni bila  Caravan Cafe, Bangi Seksyen 9 ni buat promosi 20% off all menu , takkan la tak datang kan. Caravan Cafe, Bangi Seksyen 9  ni kecil je. Kedai ni pun sederet dengan Meat Cartel , Bangi. Ramai sungguh delivery runner duk menunggu dekat luar kedai ni. Laku agaknya delivery  Caravan Cafe, Bangi Seksyen 9 ni. Caravan Cafe, Bangi Seksyen 9  ni tak ada menu hardcopy . Scan QR code atas meja tu, dan order je guna handphone . Automatik dapat 10% discount . Tapi sebab sekarang dah ada 20% off , maka 10% ni tak terpakai la. Lepas order, dia akan tunjuk anggaran berapa lama makanan akan sampai ke meja kita. Jangan risau, mereka sangat cekap. Tak sampai 15 minit pun makanan da

Hornbill Restaurant & Cafe, Taman Tasik Perdana, Jalan Cenderawasih

Image
Ada kawan dari overseas datang? Tapi dia datang hujung bulan time poket kempis? Tatau nak bawak pi mana yang ada unsur 'Malaysia' tapi tak buat terbakar poket? Apa kata bawa ke sini?  Hornbill Restaurant & Cafe , Taman Tasik Perdana, Jalan Cenderawasih. Ataupun landmark dia Taman Burung KL sebenarnya... restoran ni betul2 bersambung dengan taman burung. Parking percuma. Tapi kena bersabar sikit la, parking tak banyak. Cuba tengok sangkar burung yang 'tutup'  Hornbill Restaurant & Cafe  ni. Kita makan dalam sangkar sebenarnya. Macam biasa la, gambar dalam restoran Hornbill Restaurant & Cafe termasuk dengan gambar makan ada dalam telefon wife. Minta ngan dia, sampai sudah tak forward . Tak apa la. Selalunya orang baca blog nak baca info , gambar tu untuk bantu je (sedap kan hati... 😂). Tapi jangan risau, masuk-masuk  Hornbill Restaurant & Cafe  tu memang boleh terpegun, cantik. Tandas pun bersih, tak la malu bawak kawan dari