Posts

Mencari Ketam Halal di Ibrahim's Fatty Crab

Image
Saya difahamkan yang restoran ni bukan milik Cina Muslim, taukenya Melayu, tetapi tukang masaknya berbangsa Cina.  Baguslah, sebab bukan senang nak cari kedai ketam yang halal. Kedai ni pun dah established . 3 tahun lebih dah beroperasi. Kalau nak datang call booking lah dulu. Kalau tak, tak dapat meja pun nanti. Nombor telefon adik saya cari dalam Google je. Kami sekeluarga dah 2 kali ke sini. Malangnya dua2 kali pun tak ambil gambar. Sibuk dengan budak-budak kecil yang ramai bila semua berkumpul. Kedai ni sempit je. Tak budak- friendly sangat. 😅 Pakai kamera murah, ini je yang nampak malam-malam. Kedai tak nampak. Ambil la salted egg crab dia. Takkan menyesal. Mud crab pun dah sedap dah.  Ketam, kalau mud crab , sekilo tu dalam 2-3 ekor, tengok saiz. Tapi malam yang kami pergi, semua mud crab saiz 450g ke atas. Maka seekor sekitar RM49.00. Tapi ketam dia serius segar. Kalau sapa yang ada resdung pun boleh makan. Tak gatal-gatal punya. Sebab saya...

Haslinda Sim, Bangi - Restoran Cina Muslim

Image
Kalau anda hendak cari tempat makan di Bandar Baru Bangi, salah satu tempat yang berbaloi anda kunjungi adalah Restoran Haslinda Sim yang menyajikan masakan Cina Muslim.  Kalau berkunjung ke sini elok cuba Nasi Itik. Saya rasa lagi sedap dari makan di Hong Kong. Mungkin sebab cara masak masuk dengan selera kita. Di Hong Kong setengah rempah dia tu buat kita rasa macam makan ubat.   Ala-carte pun ada. Ye la, selalunya restoran macam ni, kalau order lauk, saiz S pun dah banyak. Kami cuma datang berdua. Tak dapat la nak makan lauk 😭. Menu lauk. Kami order juga salted egg prawn buat ratah. 😂 Set kalau nak jimat. Valid sepanjang hari. Malangnya gambar kedai dan gambar makanan saya lupa ambil. Minta maaf 😅. Tak apalah. Lain kali kalau pergi lagi saya akan update entry ni.  Satu yang best dekat kedai ni, sebab owner dia sentiasa ada. Owner dia ramah dan rajin melayan.  Cuma kedai ni sederet dengan Muaz Tekstil, kawasan Bangi Sen...

Ketam Goreng Telur Masin - Resipi Paling Ringkas

Image
Saya suka makan ketam. Especially ketam besar macam mud crab. Nak dijadikan cerita, sebab tekak ni teringin sangat, saya pergi beli ketam di Sri Ternak, Pasar Borong Selangor. Nak makan salted egg crab kat restoran mahal. Maka masak la sendiri ketam goreng telur masin resipi ringkas bawah 20 minit. Pusing-pusing Sri Ternak hajat nak cari mud crab, tapi tak ada. Saya jumpa satu ketam yang rupa dia hampir dengan mud crab. Dia tulis french crab. Bahan-bahan yang saya guna : 1 ekor ketam 3 biji telur masin (telur kuning sahaja) Lada putih secukup rasa 3 ulas bawang putih Setangkai daun kari Mentega dalam 100g Minyak masak nak buat tumis Langkah 1 - hancurkan telur kuning telur  masin anda, guna garfu. Kalau pakai yang cair tu, maksudnya pukul sampai berbuih. Star ingredient - telur masin. Perlukan telur kuning je. Saya beli ni RM17, 20 biji telur kuning. Dekat Sri Ternak, Pasar Borong Selangor. Bergantung ketam apa anda pakai, tapi kalau ketam besar ...

Vending Machine Farm Fresh

Image
Mesin ni menarik perhatian saya sebab susu Farm Fresh yang dijual lain sedikit packaging-nya.  Selalunya dalam botol plastik kan..? Ini dalam botol kertas. Nak dijadikan cerita, kena pakai syiling je masa saya nak beli. Mesin ni di Wisma Tani, Putrajaya. Harga produk berbeza. Paling laku dah tentu Cafe Latte. Harga dia mahal sikit. Lebih-lebih lagi saiz dia lagi kecil dari packaging botol plastic. Selalunya packaging botol plastik macam ni. Tapi selalunya orang beli je, tengok selalu habis walaupun mahal. Cuma saya berharap vendor ni boleh bekalkan susu segar juga. Senang saya nak makan cereal di office. Beli susu Dutch Lady kotak tak sedap sangat, rasa too creamy. (^_^) sekian dulu perkongsian kali ni. Jemput baca lagi blog ni.

Pasar Borong Selangor

Image
Pernah pergi Pasar Borong Selangor? Tau tak kat mana? Ni bukan Pasar Borong Selayang tau. Pasar Borong Selangor ni letaknya di Seri Kembangan, kawasan Bandar Putra Permai. Waze/Google Map je kalau nak ke Pasar Borong Selangor. Bila dah sampai depan Pasar Borong Selangor ni, nak masuk parking kena lalu boom gate dia dulu, ambil tiket parking. Parking bayar masa keluar. Nak keluar nanti bagi je tiket parking kat booth. Rate parking murah je. Kami parking 2 jam kena RM1.60 je. Dalam Pasar Borong Selangor ni ada macam-macam kedai sebenarnya. Kedai gunting rambut, restoran, kedai kecik2 jual plastik, semua ada.   Kedai jual plastik secara borong. Banyak kedai kecil-kecil lagi dalam ni. Boleh nampak restoran dekat situ. Pasaraya Sri  Ternak Pasaraya Sri Ternak ni beroperasi 24 jam. Kebetulan malam yang kami pergi ni hujan. Staff Sri Ternak ni rajin tolong payungkan. Bukanlah semua kedai dalam Pasar Borong Selangor ni 24 jam. Tapi ke...