Pasar Borong Selangor

Pernah pergi Pasar Borong Selangor? Tau tak kat mana? Ni bukan Pasar Borong Selayang tau. Pasar Borong Selangor ni letaknya di Seri Kembangan, kawasan Bandar Putra Permai.

Waze/Google Map je kalau nak ke Pasar Borong Selangor.
Bila dah sampai depan Pasar Borong Selangor ni, nak masuk parking kena lalu boom gate dia dulu, ambil tiket parking. Parking bayar masa keluar.

Nak keluar nanti bagi je tiket parking kat booth. Rate parking murah je. Kami parking 2 jam kena RM1.60 je.

Dalam Pasar Borong Selangor ni ada macam-macam kedai sebenarnya. Kedai gunting rambut, restoran, kedai kecik2 jual plastik, semua ada. 

 Kedai jual plastik secara borong.

Banyak kedai kecil-kecil lagi dalam ni.

Boleh nampak restoran dekat situ.

Pasaraya Sri Ternak


Pasaraya Sri Ternak ni beroperasi 24 jam. Kebetulan malam yang kami pergi ni hujan. Staff Sri Ternak ni rajin tolong payungkan.
Bukanlah semua kedai dalam Pasar Borong Selangor ni 24 jam. Tapi kedai yang agak popular dalam pasar ni beroperasi 24 jam. Secara peribadi, saya dan iseri memang suka ke sini. Walaupun yang segar cuma daging lembu dan ayam (dan tentulah sayur dan buah), tapi mana nak cari seafood frozen yang murah, atau kambing frozen yang murah.


Baby crab yang orang duk jual goreng crispy tu pun ada.

Telur masin ada sejenis je. Ingatkan ada la yang jenis balut satu-satu dalam kertas tu.

Telur itik jarang jumpa pun ada jual sini.

Masa kami datang ni tinggal yang kecil-kecil je ketam bunga ni.

Tiram harga mampu milik, tapi jangan la expect rasa sama macam tiram segar.

Wife kata chicken breast dia murah. Chicken chop pun ada jual ni kalau nak masak kat rumah.

Jenama import pun banyak.

Salted egg yolk - kalau siapa yang beli sebab nak masak sotong/ketam/udang goreng telur masin.



Tak payah pegi Cold Storage/Jaya Grocer/Village Grocer/Red Tick. Sini pun ada.

Harga murah sikit dari Pasaraya biasa.

Ayam segar ada jual. Kalau ayam frozen yang jual part by part tu, sesetengah dari Thailand. Ada tanda halal Thailand. Kalau tak selesa, nak halal Jakim, amik ayam segar ni la.

Jenama tempatan termasuk IKS pun ada ye.

Frozen instant food macam dim sum pun ada.


Sah-sah la kedai masakan Thai pun beli bahan mentah kat sini.

My wife duk beli salmon kat sini. Dia kata murah.

Udang kira boleh la... tak mahal tak murah sangat.

Setengah Beryl's ni kat supermarket pun susah nak dapat. Sini ada. Bestnya.

Bahagian makanan kering.

Banyak jual saiz besar.

Jual daging lembu, fresh. Tapi fresh mana la sangat, tak leh challenge gerai kampung, sembelih terus jual. (^_^)

Saiz besar.

Harga standard.

Stress nampak tauge. Patut la minta taknak tauge kat kedai pun dia bubuh juga. Murah rupanya.

Buah, tapi tak banyak.

Leek Korea tak ada.

Cheese banyak jenis, lagi banyak dari Hero Supermarket, Putrajaya.

Kadang-kadang beli pastu BBQ kat rumah.

Ada setengah jenama jarang nampak.

Setengah jenama saya jarang nampak, tapi mungkin sebab tabiat selalu beli jenama Ayamas dan Ramly je kot.

Berbaloi kalau nak try.

Ikan ni, pilih nanti pekerja dia timbang. Tak berapa elok dah pun tengok.

Sotong kurita. Yang dah potong kecil-kecil pun ada.

Lupa ketam apa. 

Snow crab.


Kalau nak bayar, pergi belah kiri sekali, lepas tu potong je barisan ke depan. Akan ada kaunter ekspress untuk barang yang sikit.

Ha3. Peminat tea tarik macam saya kerja duk beli penapis ni je la.

Ni la kaunter ekspress. Potong je barisan, tapi masuk dari kiri sekali la. sebab kaunter ni duduk selepas kaunter orang yang beli secara borong. 


Dia tulis boleh buat delivery, 24 jam pula tu.


Pasar Borong


Dah nama pasar borong, jadi mesti la kena ada pasar kan. Tak jauh dari Sri Ternak tadi boleh nampak bangunan pasar ni.

Kalau datang awal, pukul 8 malam ke, tak ramai orang. Tapi orang berniaga pun tak ramai.

Kawasan sayur.

Kalau baca signboard tu, maknanya sama je la harga pasar borong ni dengan Pasar Borong Selayang.

Datang awal sangat, ikan pun belum sampai.

Barang direct dari Terengganu.

Ingat hak kita sebagai pengguna.

Tempat wife duk beli laksa.



TS Mart


Wife saya duk cari buah pitaya, tapi kalau dah masuk dalam Pasar Borong Selangor ni, buah memang tak banyak. Malangnya pemborong buah TS Mart ni dah tutup, sebab nak Chinese New Year. Oh, by the way, TS Mart ni terletak di luar Pasar Borong Selangor, di barisan pintu masuk.


Tempat paling sesuai beli buah.

Pasaraya RAKAN ni boleh masuk dari luar Pasar Borong Selangor atau dari dalam. Sebaris dengan TS Mart.


Itu saja coretan saya kali ni. Semoga membantu tuan/puan mengenali Pasar Borong Selangor.

Sekian, jemput baca lagi. (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Mr Mamak Bistro

Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Jalan Klang Lama

Ayer@8 Putrajaya - Balqis Restaurant