Ketam Goreng Telur Masin - Resipi Paling Ringkas

Saya suka makan ketam. Especially ketam besar macam mud crab. Nak dijadikan cerita, sebab tekak ni teringin sangat, saya pergi beli ketam di Sri Ternak, Pasar Borong Selangor.

Nak makan salted egg crab kat restoran mahal. Maka masak la sendiri ketam goreng telur masin resipi ringkas bawah 20 minit.

Pusing-pusing Sri Ternak hajat nak cari mud crab, tapi tak ada. Saya jumpa satu ketam yang rupa dia hampir dengan mud crab. Dia tulis french crab.

Bahan-bahan yang saya guna :

1 ekor ketam
3 biji telur masin (telur kuning sahaja)
Lada putih secukup rasa
3 ulas bawang putih
Setangkai daun kari
Mentega dalam 100g
Minyak masak nak buat tumis

Langkah 1 - hancurkan telur kuning telur  masin anda, guna garfu. Kalau pakai yang cair tu, maksudnya pukul sampai berbuih.


Star ingredient - telur masin. Perlukan telur kuning je. Saya beli ni RM17, 20 biji telur kuning. Dekat Sri Ternak, Pasar Borong Selangor.

Bergantung ketam apa anda pakai, tapi kalau ketam besar memang kena siang. Kalau takat ketam bunga, boleh la terus masak. Ketam besar ni dia berbau hancing sikit kalau tak siang. Pemerhatian saya la tuan/puan. Walau kita pakai yang hidup pun ada bau hancing dia. 

Basuh dan siang ketam. RM39/ekor di Pasar Borong Selangor.

Bawang putih tu kena cincang halus lagi.


Kukus ketam. Kalau ketam tak segar, elok goreng. Hilang sikit rasa ''gatal" ketam tu (orang resdung/alahan faham la).

Langkah 3 - Tumis bawang putih, diikuti cili padi dan daun kari. Lepas daun kari garing, masukkan lada putih (kalau suka lada hitam letak lada hitam) dan telur kuning telur masin.

Langkah 4 - Masukkan mentega. Nanti dia akan berbuih. Bila dah berbuih 'mandikan' ketam anda dan kacau hingga kering.

Tahniah, salted egg crab anda dah siap 🤩.

Resipi ni gagal sikit. Orang lelaki masak macam ni la. Telur masin tu bercantum balik. 😢

Resipi ni ringkas, jangan takut pasal rasa sebab kombinasi telur masin dan butter (formula mati cepat 😝) cannot go wrong. Kalau guna butter mahal lak, fragrance daun kari akan naik, and rasa creamy butter meresap dalam ketam.

Try it, x sampai 20 minit pun.

Sekian, jemput baca lagi lain kali.

Comments

Popular posts from this blog

Mr Mamak Bistro

Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Jalan Klang Lama

Ayer@8 Putrajaya - Balqis Restaurant