Nasi Lemak Royale, Ayer@8, Putrajaya

Kemas kini 12 September 2020 : Nasi Lemak Royale Kedah masih beroperasi seperti biasa dalam tempoh PKPB ini.

Alamat premis:

G1, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Ada di Putrajaya? Nak cari tempat makan di Putrajaya? Nak cari restoran di Putrajaya? Boleh datang Ayer@8 ni, cari Restoran Nasi Lemak Royale, kedai makan harga berbaloi di Putrajaya.

Saya ingat nak terus disclaimer... Jangan la expect restoran ni sama dengan Nasi Lemak Royale Kedah yang di Alor Setar tu... Memang tak sama. 

Tapi kalau di Alor Setar pun tatau mana yang original.. sebatang jalan sampai 3-4 kedai Nasi Lemak Royale.

Parking depan kedai banyak.

Ada jual makanan lain juga. Satay dia kami pernah try. Biasa je. Takde la sedap sangat.

Maggi goreng pun ada.

Roti canai tidak dilupa.

Harga lauk ikut saiz.

Daging dengan limpa dia masak hitam. Manis. 

Kuah macam-macam ada.

Goreng-goreng.

Macam ni pun dah RM6. Itu pun cili ijau minta free.

Kalau nak kuah asing, bagitau je.

Menu dan harga.

Stesen air. Nampak buah segar.

Maaflah, tak larat nak tulis panjang hari ni. Rasanya gambar-gambar ni dah cukup untuk bantu pembaca dapat maklumat tentang restoran ni. Cuma nak update sekarang ni portion nasi dia macam da makin banyak. Harga pun macam naik sikit.

Alamat dia rasanya semua orang tau. Presint 8 Putrajaya, sebelah Ayer@8. Nanti tepi jalan pun dah nampak.

Sekian, 😋. Jemput baca lagi ye.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi