Nene Chicken, Sunway Putra Mall

Alkisah, masa demam hari tu (memang demam teruk sebab last-last kena pegi jab kat klinik), isteri saya bole pulak ajak makan Nene Chicken. Kebetulan kami dua-dua ada di KL petang tu, sebab saya ada mesyuarat di Lembaga Pertubuhan Peladang, isteri pulak ada briefing kepada Timbalan Menteri dia di Parlimen.

Saya dah pernah makan Nene Chicken ni. Makan yang boneless chicken. Boneless chicken ni kalau nak terangkan, dia macam isi ayam tu dibuang tulang-belulang dia, lepas tu cantum-cantum balik, salut dengan tepung, goreng.

Dan dia cuma ada 4 flavours je, iaitu bulgogi (rasa kicap), swicy (rasa pedas manis), freaking hot (pedas tapi tak la macam ghost pepper) dan original.

Personally saya suka swicy dan freaking hot. Original pun ok. Bulgogi rasa macam kicap manis. Saya tak suka makanan manis. 😌

Sama macam makan 4Fingers, nanti dia bagi sarung tangan plastik.


Buzzer, bila order dah siap, dia bunyi, kita pegi amik.

Harga tak la mahal mana. Set air bottomless (boleh refill banyak kali) + fries + 250 gram boneless chicken (2 flavours) tak sampai pun RM30.00.


Tukang bayar.

Ayam tu kalau nak puas boleh makan dengan nasi. Order Korean Rice. Nanti dia bagi semangkuk nasi korea kaler coklat nak ke ungu gituh.

Disebabkan demam, gamba pun tak amik. Tapi tak apalah, info yang bertulis ni lagi penting dari gambar, ye tak..? 

Erm... masa blog ni ditulis, tak de nampak lagi logo halal dekat Nene Chicken. Tapi tak ada logo halal mungkin sebab dorang tengah mintak. Kompeni ni pun baru masuk Malaysia tahun lepas.

Macam kes Xing Fu Tang yang ramai komplen diragui halal sebab tak ada logo halal JAKIM. Rupanya Xing Fu Tang dah dapat logo halal Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan tengah tunggu kelulusan logo halal JAKIM untuk cawangan di Malaysia. 

Hopefully Nene Chicken akan dapat logo halal dalam masa terdekat.

Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Mr Mamak Bistro

Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Jalan Klang Lama

Ayer@8 Putrajaya - Balqis Restaurant