Faridah Mentarang Bakar, Sekinchan


Kali pertama saya makan mentarang, masa ada kawan kahwin di Sabak Bernam dulu. Makan kedai kecil tepi tali air (sebenarnya atas tali air, dia buat macam jambatan merentas tali air).

Dia bakar mentarang sampai kulit tu nak jadi abu. Isi dia pun kering.

Kali kedua makan pun, masa ada kawan lain pulak kahwin di Sabak Bernam. Makan kedai kecik lain, tapi sama la, mentarang dia kering, tak sedap sangat.

Lagipun makan mentarang di kedai kecil ni, selalunya pilihan yang ada bakar dengan rebus je. 

Sebab tu tiba-tiba hujung minggu hari tu dapat idea nak pecut makan di kedai yang famous pulak, Faridah Mentarang Bakar di Sekinchan. Kebetulan tengok dalam tv, terliur pulak. Nampak sedap je pengacara tu makan mentarang dengan belangkas.




Kedai ni tak perlu diperkenalkan lagi. Faridah Mentarang Bakar, Sekinchan. Tak tahu la dah berapa banyak kali masuk suratkhabar, televisyen, YouTuber datang buat review, pendek kata memang dah terkenal Faridah Mentarang Bakar ni di seantero dunia... (atau mungkin di Malaysia sahaja... he3).

Anda taip je dalam Google Map 'Faridah Mentarang Bakar, Sekinchan' confirm akan jumpa kedai ni.

Selalunya bila anda sampai depan kedai ni, akan ada seorang staf dia jaga parking dengan bendera merah. Jadi ikut je arahan dia, kalau dia suruh masuk parking, kita masuk. Kalau dia kata parking kat tepi jalan dan tunggu dalam kereta, kita tunggu je dulu. Nanti ada meja kosong, dia panggil la kita.






Ini la mentarang. Selalunya orang akan cakap mentarang ni bentuk macam bulan sabit. Tapi tengok tak ada la melengkung mana kan. Setengah orang kat sini panggil siput mentarang. Blur kejap, sebab tak ada rupa siput pun.

Kami ambil 4 jenis mentarang, iaitu mentarang bakar, mentarang tumis cili api, mentarang sambal, dan mentarang masak lemak.

Wah..... rasa dia berbeza dengan mentarang bakar yang saya pernah makan sebelum ni. Sini kulit dia pun tak la sampai nak jadi abu. Isi mentarang pun lembut dan juicy.

Isteri saya kali pertama makan mentarang, bila tengok je isi mentarang, dia kata macam laki punya .... 18sx... hu3.. suka hati je kan..





Ini pulak belangkas. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Bila sampai di sini, signboard kedai ni tulis Faridah Mentarang dan Belangkas Bakar ye.. untung la orang Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam dan yang berdekatan. Boleh layan mentarang dan belangkas selalu.

Ini kali pertama kami makan belangkas. Belangkas ni pun kita boleh mintak masak lain, macam masak sambal ke, masak lemak ke. Tapi kami minta belangkas bakar je. Mampu ambil 1 je, tu pun dah RM25 harga belangkas ni.

Ayah saya kata belangkas ni kecik. Mungkin la kot, saya tengok pun kecik. Ayah saya kata lagi, telur belangkas ni kalau direbus, dia akan jadi warna hijau, macam kacang hijau. Tapi ni sebab kami minta belangkas bakar, telur dia kekuningan warnanya.

Personally, belangkas bakar ni menyebabkan telur dia jadi keras dan mampat. Mungkin bila telur belangkas ni kena haba, air pun keluar, tu yang jadi keras.

Lain kali saya nak order belangkas tumis cili api pula.

Mak saya tanak makan belangkas sebab dia kata dia was-was nak makan telur binatang 2 alam. Tapi peliknya mak saya telur penyu dia makan je. Hurm.... 



Harga dah tentu mahal. Mentarang tu semangkuk berapa saya tak pasti, tapi dia tulis 1/2 kilo RM18. Mentarang bakar ni kalau pegang ringan je, tapi kalau mentarang yang belum masak tu, berat juga, berat air agaknya.

Agaknya sebab harga mahal, kedai ni benarkan bayaran QR Pay. Tapi Maybank je la ada. E-wallet belum lagi ye. 

Kami sebenarnya dah makan sebelum datang, jadi sampai sini pun layan belangkas seekor dengan mentarang 5 mangkuk (ke 6 ek, tak ingat). Tu pun dah RM146 masuk air kedondong asam boi (yang tak sedap langsung).




Kedai ni air tak sedap, tak tahu la siapa bancuh. Tapi air sejuk dan air masak ambil sendiri je, percuma.
 


Tak nak makan mentarang atau belangkas pun tak apa. Banyak lagi menu lain. Tapi rugi la, alang-alang dah sampai Sekinchan, takkan tak makan mentarang dan belangkas. Tempat lain susah nak jumpa mentarang dan belangkas ni.




Ok, jom balik. Kami parking di luar ni.




Terima kasih Faridah Mentarang dan Belangkas Bakar, Sekinchan. Kami puas hati, dah tentu kami datang lagi.

Comments

  1. Selalu nampak tapi x pernah try. Thank you share experience bro. Doakan I boleh try jugak. Scaryyy 🤭

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi