Paramount Coffee House, Bangi

Paramount Coffee House ni ada lebih dari 1 cawangan. Putrajaya, Shah Alam dan Bangi. Kalau ikutkan, cawangan paling dekat dengan kami tentulah di Conezion Putrajaya. Tapi sebab kebetulan kami dah di Bangi, maka kami singgahlah Paramount Coffee House ni. 


👆 ini alamat kedai ni di Bangi. 


Sebenarnya kami nak ke restoran Aliff Syukri terlajak laris. Maaflah, kalau Aliff Syukri ni saya malas nak panggil Dato'. Iyelah.. sepatutnya kalau ada gelaran ni biarlah ada kelas sikit kan. 

Cuma isteri saya asyik cakap bakso Rumah Makan Terlajak Laris si Aliff Syukri ni sedap. Tu yang nak pergi cuba di Bangi. Dah siap check dalam Google Business dulu, tulis buka. Tapi bila sampai je depan kedai tetiba tutup. Aduhai... 

Pusing-pusing nampak kedai ni, dia sebelah Tudung People. Yang bagus kawasan ni di musim-musim PKPB ni, parking banyak. Kalau tidak, penuh dengan orang nak shopping tudung atau baju dekat sini. 

Kedai ni pun macam kebanyakan kedai lain, kena pesan sendiri, guna order chit. Tapi yang geramnya, pensil tu dah kenapa la tumpul sangat... 😒

Isteri saya cuba Laksa Pahang dia. Komen dia, sedap sama macam makan di Pahang. Saya tak pastilah dia makan di mana di Pahang tu. Sebelum kami kahwin dia kata. Sebab kalau saya kerja luar kawasan ke Kuantan, tak pernah pun jumpa Laksa Pahang 😅. 

Saya cuba Nasi Ayam 👆 dalam menu ni. Ok juga. Tapi tak la special sangat. Air teh ais yang dapat percuma tu saya suka. Teh dia ada rasa, dan kurang manis. 

Isteri saya ambil Iced Passion Peach Tea. Pun sama, tak manis sangat. 

Sambil-sambil makan tu, duk sembang dengan isteri, Rumah Makan Terlajak Laris tu bila tutup..? Musim PKP ni, ramai tak perasan kedai mana tutup, kedai mana dapat survive. Cuma kami lah rugi, tak sempat cuba. Lebih-lebih lagi bakso saya. 😂... sebab banyak kedai jual bakso mengarut je, setakat nak jual je, sedapnya tidak pun. 

Sebelah kiri Paramount Coffee Shop ni la Tudung People. 

Masa kami masuk, tengok meja dia pun memang tak banyak. Mungkin tuan kedai dah simpan sikit meja kut, untuk kurangkan bilangan pelanggan yang dine-in. 


Suasana kedai ni rasa serabut sikit dengan susunan meja dia yang tak simetri.. 😅 masalah OCD macam ni la.. 

Secara keseluruhannya, pengalaman kami makan di Paramount Coffee House, Bangi ni adalah sederhana sahaja. Harga tu pun bila dah dicampur cukai dan service charge, jadi tak murah juga. Terutamanya air dia, mahal sikit la, tapi kalau banding dengan kedai-kedai lain, lebih kurang je. 

Selalunya kedai macam ni saya tak pesan air pun, rasa rugi. Tapi sebab nak sokong peniaga musim PKP ni, saya pejam mata dan suruh isteri pesan lah segelas. 

Sampai sini saja perkongsian hari ni. Sekian. 

Comments

  1. Thank you bro review jujur. Kadang kat Youtube banyak review tapi paid review. So cam hunnmmm

    ReplyDelete
  2. Tapi x pernah dengar pasal laksa pahang 😉

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Masak Lemak di Itik Salai Masthar, Sg Merab

Umrah for Dummy - Part 4

Bawal Power Sempoi, Teras Jernang, Bangi